Sunday, September 9, 2007

Mula pembelajaran dan mula berpuasa…

Pada 9 hb 9 ni akan bermula la persekolahan bg sestengah ma’ahad…. Maka aku terfikir masa bermain dan bercuti ku sudah tamat.. sekarng tiba masa untuk belajar pula… ku berazam untuk belajar lebih tekun dari thn lepas kerana bertuah la bg seseorang itu jikalau lebih baik dari hari yang terdahulu…. Mungkin selepas ini aku akan sibuk juga untuk sentiasa update blog ku ni kerana pelajaran menyebokkan ku untuk belajar lebih tekun lagi supaya kejayaan yang cemerlang menanti ku suatu hari nanti…. Ku taknak menjadi seorang yang rugi dimasa hadapan kerana tidak pulun bersungguh…. Mngkin masa bermain ku berehat seketika apabila datangnya masa persekolahan… masa bermain boleh dating kembali tp kalau masa belajar terlepas rugi selamanya kerana apa yang diajar hari ini takkan mungkin diulang 2 kali… kalau masa bermain bila2 pon boleh… ku taknak menghampakan harapan kedua2 ibu bapa ku dan saudara mara ku yang menaruh kepercayaan kpd ku dan abang2 ku dgn menghantarku kesini untuk menuntut ilmu…. Ku takkan siakan pengorbanan mereka selama ini… mungkin semasa dimalaysia ku banyak buat silap dgn tidak pulun bersungguh… tp sekarang ini penyesalan itu kujadikan sebagai penguat bg diri ku untuk belajar dgn lebih tekun supaya suatu hari nanti ku dapat berjasa dan dapat membalas budi baik kedua ibu bapa ku ynag berkorbaon untuk ku selama ini….
Ku harapkan kawan2 tak kira dimana saja berada, doakan lah kami yang sedang menuntut ilmu ini berjaya dgn cemerlang dan balik nanti boleh berbakti pada agama Negara dan bangsa….. itu yang kuharapakan dari doa sahabat sekelian….


Usaha itu kunci kejayaan…”





Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa… bulan yang penuh berkat dan maghfirah ini akan tiba tak lama lagi..



marilah kita memperbanyakkan ibadah dan amalan kita pada bulan ini, memperbanyakkan doa kepada ALLAH, berZIKIR,membaca ayat suci AL QURAN dan sebagainya.… bulan ini juga banyak mengajar kita erti kesabaran yang sebenar… kepada blogger semua saya ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa….




13 comments:

tintaHati said...

Selamat Meneruskan Perjuangan. Satu azam yang cukup baik memerlukan pengorbanan yang cukup besar!

achik said...

chaiyok!! chaiyok!! buat sehabis baik.. semoga berjaya..

selamat menyambut ramadhan.. :)

U-HAH said...

Puasa itu adalah latihan rohani dan jasmani..bagi umat Islam kuat; bukannya kuat makan je...

~qudwah_mardihah~ said...

Selamat Berpuasa juga untuk anta...semoga terus cemerlang dunia n akhirat...amenn

ismisuzu said...

comel sungguh budak perempuan itewwwwwwwwwww!!!

bunga rampai said...

Salam Ramadhan :)

Selamat berpuasa. Moga ibadah puasa kita pada tahun ini lebih sempurna berbanding tahun sudah.

Senyum ...

faridmw said...

(tinta hati)

insyaallah... tima kasih kerana memberi semangat....

(achik)

tima kasih...

(uhah)

tul tu.. bulan ujian.. kuatkanla iman mu untuk menempuhinnya..

(qudwah mardiah)

insyaallah... moga kita sentiasa dirahmati...

(ismisuzu)

yerker comel...

(bunga rampai)

untuk awak juga.. senyum selalu..

SoFie NuR said...

gud luck...

selamat berpuasa...:)

Purpleheart said...

Salam Ramadhan.. selamat berjuang menuju medan jaya.

ah kim said...

Salam Ramadhan.

~qudwah_mardihah~ said...

HARI KE 2 PUASA...

SELAMAT BERPUASA LAGI

Iman Mawaddah said...

Hadapi dengan senyuman..insyaAllah berjaya :D

faridmw said...

(sofea)

selamat berpuasa...

(purpleheart)

moga kita sentiasa dirahmati

(ah kim)

salam ramadhan..

(iman mawaddah)

insyaallah..