Wednesday, August 29, 2007

Majlis perayaan jubli emas malam kemerdekaan Malaysia yang kali 50

iklan yang dikeluarkan.....
Iklan sambutan hari kemerdekaan ini telah diedarkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berada di Syria ini… perayaan ini akan diadakan pada 31 OGOS 2007 bersamaan 18 SYAABAN 1428 (jumaat) bertempat di Dewan Kuliah Handasah Jamiah Dimasyq…. Sambutan ini kan dirasmikan oleh T.Y.T Dato’ Zainudin b. yahya Duta Besar Malaysia ke Syria…. Perayaan ini dianjur oleh PPMS dan Kedutaan Besar Malaysia Dimasyq…. Semua rakyat Malaysia dan ahli PPMS di jemput hadir....

Sunday, August 26, 2007

Kenapa perangai arab ni…….

penantian yang tak kesampaian.....

Hari jumaat yang lalu… seorang ustaz dan pelajarnya datan kesini…. Tibanya di lampangan terbang ustaz dan pelajrnya ditahan oleh pegawai imegresen di situ.. mereka menahan ustaz dan pelajarnya itu tanpa sebarang sebab kukuh… ikut suka hati mereka ja nak tahan orang.. alasan mereka tahan ustaz itu adalah mereka mengatakan ustaz itu pernah belajar disini… napa itu dijadikan alasan sedangkan benda itu dah lama berlalu.. terasa kecewa ngan sikap arab sebegitu.. sebab itulah nabi diturunkan dikalangan arab sebab mereka ni begitu jahil sangat… bilakah Negara dan orang arab ni nak pegang pada nizomnya (peraturan)… sebelum ini ada kawan saya cerita da seorang pelajar indonesia yang ditahan dan bergaduh lagi dgn arab sini sehingga ditahan lebih lama lagi… salah seorang arab itu telah berkata kepada pelajar Indonesia itu “kami lebih rela mesukkan ke negara kami *……. dari pelajar” …
kami disini mengharapkan semoga ustaz dan anak muridnya kuat semangat dan menganggap ini dugaan untuk belajar… mereka ditahan di lampangan terbang hampir 2 hari tanpa boleh kuar sebelum dihantar balik kemalaysia… para pelajar disini terpaksa menungu dilampangan terbang 2 hari berturut2 silih berganti takut ada apa2 berlaku…
Kami berharap kepada pelajar itu semua moga jangan berputus asa untuk datang kembali dan jgn patah semangat untuk belajar… saya doakan juga moga mereka selamat sampai ke Malaysia… dan moga allah merubah perangai orang arab sini supaya lebih berpegang pada nizom mereka… aminnnnn…

Tanda * perkataan kurang elok...

Tuesday, August 21, 2007

Hari keluarga PPMS..




Hari sabtu dan ahad baru ni persatuan pelajar2 malaysia telah mengadakan hari keluarga … hari keluarga tersebut diadakan di masbah jannatul ghuttah yang terletak luar dari Bandar damascus… memang menyeronokkan… hilang sedikit rindu Malaysia apabila dapat berkumpul beramai-ramai pada hari keluarga itu… sekali sekala berkumpul, bergurau senda, borak2 sambil menjamah makanan dari malaysia… disana juga banyak banyak aktiviti yang dilakukan seperti sukaneka dah sebagainya… antara sukaneka yang telah diadakan ialah tarik tali dalam air.......



bola air dan banyk lagi..



.. bayaran pendaftaran hanya 5 lera (30 sen) sungguh menyeronokkan seehingga tak rasa seperti di Syria…. Hampir 60 orang pelajar dapat hadir ke hari keluarga itu… hari keluarga PPMS itu berakhir pada hari ahad selepas asar… itulah pengalaman yang paling menyeronookan apabila dapat berkumpul beramai2…

Monday, August 13, 2007


hari lahirku akan tiba tak lama lagi... ku harapkan kudapat berubah kearah yang lebih baik dan lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan.... semoga allah permudahkanku dalam menuntut ilmu di bumi anbia ini dan diberikan kekuatan dalm menempuhi ujian yang mendatang dgn hati yang tenang.... semoga dgn umurku yang dah meningkat dewasa ini ku dapat belajar erti kehidupan yang sebenar....

Friday, August 10, 2007

nama sapa tu....

nama sapa tu....
Tulisan yang buruk tapi memberi seribu makna kerana ditulis dgn usaha sendiri..
Hargai dan bersyukurlah setiap apa yang kita ada kerana tak mungkin dalam sekelip mata dia boleh menarik balik apa yang diberikan…

Monday, August 6, 2007

mesir ke syria

Pengalaman hidup yang tak dapat ku lupakan semasa berada di perantauan..... satu perjalanan yang penuh dugaan yang ku rasa itu adalah dugaan ALLAH kepada setiap hambanya untuk menguji kesabaran dan ketabahan dalam mencari atau menuntut ilmunya...

Pengalaman ini berlaku semasa dibulan puasa tahun lepas dan semasa dalam perjalan dari kaherah ke syam (ibu negara syria) itulah banyak dugaan yang berlaku.kami datnag ke kaherah kerana ada sebab yang tak dapat di elakkan,selapas lama di kaherah Kami berfikir untuk hendak pulang ke syam untuk menyambung balik perbelajaran kami yang sudah terhenti begitu lama....
Kami pilang dari kaherah ke syam menggunakan jalan darat.... kerana kalau menggunakan kapal terbanag tiketnya begitu mahal jd kami bercadang mengunakan jalan darat ja. Kami mengambil bas dari kaherah dalam pukul 12 am, kami bertolak dari sana dengan iringan doa untuk keselamatan kami dalam perjalan... semasa dalam perjalana dari keherah ke kapal (lupa nama tempatnya apa) mengambil masa begitu lama juga kira bertolak malam pagi dalam kul 6 baru sampai... bersahur pun tunggang langgang la jawabnya...
Kami sampai di kapal pukul dalam kul 9 pagi... kami berehat seketika di tempat menuggu kerana letih berada lama didalam bas tadi... seorang kawan ku pergi mencari tiket kapal untuk menyebrangi laut dari mesir ke jorden... selepas seketika kawan yang mencari tiket tadi pon datang kembali dan memberitahu kami tiket pukul 2 satgi... kami pon menunggu dgn kesabaran sebelum dapat naik kapal, selapas kami mendapat cop untuk keluar dari mesir kami dah terlepas dari satu dugaan..dari tempat menunggu ke kapal kena naik bas lak yang mengambil masa dalam 5 minit.. tepat pukul 2.30 satu bas untuk membawa penumpang ke kepal datang tetapi masalahnya bas itu untuk sapa yang beli tiket bot laju.. mungkin itu bukan bot kami lagi kot.. dalm masa 30 minit datang sebuah bas lagi dia ajak kami naik sekali kami pon naik la tp tak semua dari kami dapat naik bas tu kerana dah penuh... hanya kau dan kawn ku berapa orang ja sempat naik... ku berfikir mungkin dia akan datang balik untuk mengabil kawan ku pulak.. sampai dikapal ku dan kawanku dipereksa tiba2 ku dapati pasport kawanku ada dkt aku, ku lupa yang dia menyuruh ku pegangkan pasportnya kerana dia terpaksa mengangkat bag yang banyak semasa hendak naik bas tadi... orang kapal kata kepada saya awak kena tunggu kawan awak tu dulu dan awak tak boleh naik kapal lagi.. saya pon turun la dari kapal kerana terpaksa mengunggu kawan saya dulu, kawan yang yang sempat naik bas ngan saya tadi dudah naik kapal mereka kata kat saya yang satgi kawan yang lain tu sampai kot... saya turun dgn perasaan kecewa kerana tak dapat naik kapal lagi..turun ja dari kapal saya lihat kapal yang sepatutnya saya naik tadi tiba dah nak bertolak..ku berkata dalam hati” aduh mampus aku apa aku nak buat ni kawan yang lain tak sampai lagi kepal dah bertolak”..tiba2 kawan ku tel memberitahu ku suruh datng balik ke tempat menunggu tadi..aku nak p mcm mna kerana aku tak tau jalan, masa naik bas hndak ke kapal tadi tu tak tgk luar. Mau tak mau kena p kat kawan2 ku juga, kena pandai buat pala sendiri la, berjalan la dgn perasaan kecewa kerana tak dpt naik kapal lagi ..aku ni dah la tak tau jalan nak balik kat kawan ku tadi, jaln juga la, dalam perjalan tu tgk tempat apa ni tak mcm tempat tadi pun.. sesat rupanya, ku berpatah balik menggunakan jalan lain ku tgk ada kawan ku tak sempat naik tadi melambai tgn sbgai tanda isyarat yang mereka ada disitu, kekecewaan tadi terubat dgn kegembiraan kerana ku dah berjumpa ngan kawan ku balik... kawan yang pasportnya ada kat aku tadi berkata “nasib baik hang tak naik kapal lagi kalau tak aku pakai takleh p mna la sbb pasport takda” aku kata kat dia takpa la mungkin ini ada hikmahnya, seorang kawan lain pulak berkata kepada ku yang kapal yang sepatutnya aku naik tadi bukan kapal yang kami semua akan naik mungkin sbb kapal tu tak penuh dia mengambil orang yang naik kapal lain juga.. semua kapal kat situ akan pergi ke tempat yang sama juga jd tak kisah la naik kapal mana pon... sudah berapa lama tunggu pukul 9 malam baru dapat naik kapal..
Kami sampai di pelabuhan jorden pukul 1am.. kawan yang naik kapal tadi awal menanti kami di tempat menunggu di pelabuhan jorden..selepas berjumpa balik kawan yang berpisah seketika tadi kami bersyukur sangat ......... salam kami bersyukur itu satu dugaan lagi yang mendatang iaitu pasport kemi telah dipegang oleh pihak berkuasa sehimgga pagi kerana kalau rakyat malaysia dia akan menanyakan sebab2 kemasukkan ke nagara depa.. kami terpaksa bersahur di pelabuhan ja... hampir kul 11 pagi baru kami dapat keluar dari pelabuahan itu.. kami mengambil servis untuk ke Amman. Dalam perjalanan ke Amman pamandu servis yang membawa kami tu adalah kaki botol (kaki minum arak) dah la tak posa minum pulak, ini yang menyakitkan hati ni... dalam perjalanan itu servis kami telah disaman kerana membawa barang yang berlebihan.. apabila disaman kami ingatkan dah selesai dah tiba2 pemandu servis pulak bergaduh dgn penolongnya kerana penelongnya bagi bg rasuah kat polis itu terlalu banyak... mereka mengejar polis itu balik untuk meminta balik rasuah itu... memang dugaan bulan puasa la. Kami sampai di Amman kira2 kul 5 petang, kami berjumpa dgn tokey kedai kereta sewa untuk membawa kami ke dimasyq, kami pon ittifaq(buat perjanjian) dgn tokey tu 2 kereta sewa,tokey tu kata ok, kami pun berasa lega dan terus pergi sembahynag di masjid berdekatan... selesai sembahyng kami kembali ke kedai itu balik dan kami dapati kereta sewa itu sedang menunggu dah tetapi bukan yang kami sewa tu.. tetapi tokey kedai itu suruh kami naik juga, kami pelek sbb kami sewa 2 kereta untuk kami sahaja tetapi ni suruh kami naik ngan orang asing pulak, kami pon tanya tadi dia kata lain sekarang buat lain, tokey itu jawab kereta sewa takda lak.. kami terpaksa berpisah sekali lagi... selepas semua kawan lain sudah naik kereta sewa, tinggal aku ngan 3 orang kawan lain tak dapat naik kereta lagi... kami menunggu hampir sejam untuk mendapat kereta yang lain... berbuka tgh jalan lagi la kami hari tu.... sakit hatinya kat arab... kami dapat masuk dgn selamat ke syria.. kami bersyukur sangat... akan tetapi pengalaman yang kami lalui tu tak akn dapat kami lupakan...
Mungkin tiu satu dugaan dalam kita hendak mencari ilmunya....
Mungkin kesusahan itu akan membuatkan kita lebih bersemangat dan lebih kekuatan dalam menuntut ilmu..
Buat samua sahabat ku bersemangat lah dalam membuat sesuatu dan jangan berputus asa walaupun dugaan mendatang...

Friday, August 3, 2007

TENGAH BUAT APA TU ???????????????

Inilah soalan yang sering diajukan oleh kawan seperjuangan dengan ku..... mereka ini sering menanyakan soalan yang sama sedang mereka tahu apa yang kita sedang lakukan..... pelik sungguh depa ni..... apakah perasaan anda kalau mereka menanyakan soalan macam tu dekat anda sedangkan anda tahu yang dia dah tahu benda apa yang sedang anda lakukan......
Saya tak marah pon Cuma terasa kurang selesa..... kalau jawab yang bukan2 takut kawan tu terasa.....dalam kehidupan belajar diperantauan ni, hati kawan2 pon kena jaga kerana mereka ini sebahagian dari keluarga kita..... jd nak tegur pon tak sampai hati.... terpaksa menjawab pertanyaan mereka itu.... kalau nak tegur takut hubungan jadi renggang.... pening kalau nak difikirkan.... mmg banyak dugaan hidup diperantauan mcm saya ni..... tak lepas dari dugaan dan rintangan semasa menuntut ilmu ni....
Saya ada kawan yang mana dia pun dah jadi marah dan rimas dkt seorang kawannya lagi.... asyik tanya benda yang sama ja “tengah buat apa tu” sadangkan dia nampak kawan tu tgh buat apa..... macam mna lah nak ubah sikap mereka ni.... kan lebih baik berzikir ka, berdoa ka, dari tanya benda yang tak berfaedah tu.... cuba la dia tanya benda yang berfaedah seperti “ dah mayang ka belum...” dari tanya “ tengah buat apa tu” ada juga manfaat.... apa pun daya harap dan saya doakan semoga mereka boleh berubah....
“ HILANG HARTA BOLEH DICARI...
HILANG TEMAN MERANA DIRI....”

P/s Berbuat baiklah kepada saudara dan kawan kita walaupun dia selalu menyakiti hati kita... kerana mungkin suatu hari nanti dia akan sedar akan kesilapannya itu... mungkin berkat kesabaran kita itu akan membawa mendapat ganjaran diakhirat nanti....
Firman ALLAH SWT
“sesungguhnya ALLAH bersama orang – orang yang bersabar”