Sunday, November 23, 2008

Suka dan duka.. dan jawab tag…

Hari jumaat adalah salah satu hari dalam seminggu..(bg sesiapa yang tak tahu sila ambil tahu)hehehe...

Nak mula cita ni.. tak sabaq sabaq dah ni.. aku pi mayang jumaat dkt masjid takkan dkt umah pulak kan, hehehe aku tgk gelagat orang melayu kita.. dah ada petanda dilarang bercakap ketika imam berkhutbah.. tpi knp orang melayu kita tak faham bahasa melayu… nanti tulis bahasa arab baru tau.. kalau budak-budak bercakap aku kisah juga sbb bapak dia tak reti ajar anak bahawa masa khutbah tak leh sembang.. ni yang aku lebih kisah seorang bapak dok sembang ngan anaknya tpi anaknya senyap ja.. anak reti dari bapak… aku rasa bapak dia tak faham bhasa melayu kot.. ish… napa la jadi mcm tu…

Malam tu pulak mak bt makan-makan sikit sbb kami dah nak balik Syria dah… ramai juga la yang hadir..nak tangkap gambar tpi kamera pulak merajuk… tak leh pujuk lagi ni.. hehe, lepas ja makan aku dengan angah terus bersiap untuk pi ke shah alam sbb kena jumpa seseorang… aku sampai shah alam kul 4 stgh pagi.. dok lepak2 dkt syeksen 17 tiba2 hujan… hujan rahmat kot.. hehehe, apabila hujan renyai2 aku ambik teksi pergi ke masjid negeri untuk solat subuh… mmg ngantuk tahap suria perkasa hitam tpi kena tahan juga… selesai sembahyang sempat aku lelapkan mata sat dkt bawah tu..dalam kul 8 stgh aku pi jumpa orang yang nak aku jumpa tu.. itulah niat aku mai shah alam.. sembang dan bincang makan masa sejam.. abih tu aku terus cari tiket balik (bagaikan penang ngan shah alam tu mcm umah aku dgn kampung sebelah ja.. hehehe).. aku dapat tiket 12 tghari.. mmg penantian tu satu penyiksaan..
Dalam bas aku naik penuh dgn pendatang asing.. aku pon pelek mana mai la depa semua ni. diperhentian rehat aku tgk sorang makcik dan anaknya dok pujuk pemandu bas tu supaya turunkan dia di tol parit buntar.. tpi pemandu tu kata tak boleh .. mana boleh berhnti ikut suka.. aku rasa makcik tu tak nyanyi lagu rela ku pujuk kot. Hehehe. Tpi aku puji sikap pemandu bas tu, kerana dia tetap berpegang pd undang2.. mana leh turunkan orang suka2 hati.. aku tak kisah makcik tu nak menyanyi ka hapa ka… masa tu aku cuma nak turun pergi ke tandas ja dah tak tahan dah nak buang air kecil.. dihadapan aku ada dua mamat bangla nak turun juga.. boleh dia berhenti tgk makcik tu sembang, mcm la dia faham.. dia nak ngorat anak makcik tu la kot… mentangla anak makcik tu cun, badan menarik,putih melepak, mula la mamat bangla tu nak bt hensem tpi apa aku kisah sbb dia hensem sikit aku hensem banyak.. hehehe… mula taknak kisah tpi terpaksa kisah sbb dia berhenti tgh tangga nak turun bas dah tak tahan nak buang air.… dia ingt dia kuat sangt ka .. dia tak tau aku lagi kuat..bukan kuat bertumbuk tpi kuat mengata.. hehehe.. kalau aku mengata mmg dia akan sakit hati, klu dia tak sakit hati aku yang sakit hati tpi apa aku kisah kalau aku sakit hati aku guna PENADOL AKTIF FAST.. hehehe (takda kena mngena.. hehehe)

Dok dalam bas mmg boring.. aku tgk pemandu tu bawak bas. Berhemah pemandu tu. Dia bawak taklebih dari 110 km/j.. mmg berhati.. bila sampai kesusur keluar batu kawan aku tgk jem giler (bukan jem yang makan ngan roti tu… hehehe) aku curi2 dgr pemandu bas sembang ngan pembantu dia..

Pemandu bas (orang cina) :banyak keleta nak pi batu kawan.
Pembantu(orang melayu) :mungkin ada bola kot..
Aku gelak sekuat2nya dalam hati.. nak gelak kuat secara real tkut orang kata aku ni tak betul.. tp mmg lawak la sbb yang ramai tu bukan tgk bola tpi ada JOM HEBOH dkt batu kawan… mmg tak tgk TV kot pemandu tu.. heheh… aku malas nak layan pemandu2 tu sembang.. dari aku layan baik aku layan mimpi aku lagi best.. aku terus lelap sedar2 dah sampai butterwoth..

aku balik Syria 27hb ni., doakan ku selamat pergi untuk melanjutkan pelajaranku.. dan selamat pulang,..doa kawan2 la diperlukan juga untuk aku Berjaya…

jawab tag dari aim-a

What were you doing 5 years ago?
masa tu aku sibuk ambil SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)...
What were the 5 things on your to do list today?
1. Cari brang balik syria
2. Tolong mak apa yang patut
3. Lepak ngan member
4. Chat ngan sesiapa nak chat ngan aku
5. Baca blog kawan… hehehe
What are 5 things that you do if you were bilionaire?
1. Nak bantu dan nak senangkan mak dan keluarga aku
2. Nak buat haji dan bawak seluruh keluarga aku buat haji dan umrah.. dan orang yang tak mampu sekali la… nak ajak bt haji dgn aku sekali.
3. Bantu pelajar yang susah untuk menuruskan pengajian… dan bantu orang yang susah..
4. Nak bt umah mcm dkt white house (angan2 mau tinggi.. ehehehe)
5. Nak kawin ( letak jam as kawin berapa pon aku tak kisah sbb aku kaya masa tu.. hehehe).
What 5 jobs you've had?
takda jawapan lagi.. sbb aku masih belajar…
Who are 5 person you want to tag?
bagi sesiapa yang nak jawab dipersilakan… hehehe… tiada paksaan dalam kehidupan (takda kena mengena pon.. hehehe)

p/s berhati diajalan raya.. dan bt pompuan jgn layan kalau mat mat bangla buat hensem.. hehehehe…

buat aim-a mmg aku dok tersenyum hehehe.. moga hang pon turut tersenyum hehehe..

32 comments:

etomyam said...

semoga selamat perjalanan...org belajar pun kira pegi berjuang jugak tu

su said...

nak balik dah 27hb neh....jgn lupe slalu la jengukblog akak ek...tp klakar la pulak bab ensem sket dgn ensem byk tuh!hahaha...

ape2 pon jgn lupe perkara2 penting sblom balik ke sana...kak su doakan kejayaanmu kat sana...sejauh mana kita pegi,jgn lupe asal usul kita...kuatkan semangat k!

Tirana said...

Farid dah nak balik ke Syria? Tentu sedih nak tinggalkan mak ayah dan keluarga. Semga farid tabah dan mudah-mudahan berjaya mencapai cita-cita murni. Di Syria nanti boleh surf internet tak? Kalau boleh, jangan lupa jenguk kak tirana selalu di blog ye..

chiku the chucuru said...

dah nak blk syria dah?
semoga selamat perjalanan tu nanti.
belaja rajin2 tau. hehe

~ mizzAmy ~ said...

~ dah nak balik ke Syria ker? semoga selamat pergi dan selamat kembali. good luck jugak for your study.. ~

Unknown said...

Dah nak balik ke sana? Sekejab masa berlalu...

Mak Su said...

hahaha, mat bangla buat2 hensem? camner gayanyer?

Unknown said...

;-)

akirasuri said...

Selamat Pulang Ustat.. :)

naz ilyn said...

Salam...

moga segalanya berjalan dengan lancar...

kawaii_desu said...

amboi cik adik hensem ni hahah

cek org penang ka?
kira kita sekampong la ni

anyway kak hang ni tak minat bangla tima kaseh

have a safe journey, Insya Allah...

bawak2 bersabaq naa...

KTS said...

hang jeles ngan mamat bangla ka?? :P

Zumie said...

g shah alam jumpe ehem2 ek hehe
semoga selamat sampai sane amin

Ms Haslina said...

dak nak tinggalkan malaysia kea?...semoga selamat dan dipermudhkan perjalanan ke syria nanti..amin

Zetty said...

semoga selamat dlm perjalanan pulang .. jaga diri bebaik ok ..

faridmw said...

( etomyam )

terima kasih... tul tu..

( su )

terima kasih kak su kerana mendoakan kejayaan farid..

( tirana )

insyallah.. klu dkt sana kena pergi cc la.. dkt rumah takda internet...

faridmw said...

( fiezafadilla )

yup.. insyallah....

( ~ mizzAmy ~ )

amin....

( Zalisa Maz @ ZN Isa )

itula cepat rasanya masa berlalu....

faridmw said...

( Mak Su )

senang ja gayanya.. cekak pingang sambil tgk makcik tu sembang... pastu dia bt muka ayu... hehehe

( pendekar )

;-)

( akirasuri )

;)

faridmw said...

( naz ilyn )

insyaallah ;)

( kawaii_desu )

ooo sekampung la kita.. hehehe
tak minat bangla ka?hehehe

( ku tak sempurna )

aku jeles sikit ja yang selebihnya dia cembru dkt aku.. hahaha

faridmw said...

( MiSZuE )

takda,, ehem2 pon takda lag.. hehehe
ada hal sikit
hehehe

( haslina )

amin...

( Yatie )

insyallah kak yatie...

Amiha Ayu said...

salam..

jom heboh tuka jadi bola ek?

akak doakan farid selamat & selesai segalanya...
best of luck yer dik..

update jgn lupa tau...

apa pun, stay strong & have faith..
my prayers will be with you, amin...

Super Nia Hana said...

la..kejap je rasanya farid balik mai sini nooo

arsaili said...

salam..selamat berjuang bro...hidup ini satu perjuangan...

Iliana said...

dah nak balik dah ke? all da best ye..

p/s : jemput dtg blog amk adiah sekali dgn kenang2an balik syiria hehe

KakNi said...

Boleh tahan kelakar entry Farid ni... kalau nak tahu stesen bas seksyen 17 tu cuma beberapa langkah je dari rumah saya... :-) mungkin penantian tu tak le penyeksaan sgt kalau singgah kat rumah saya... heheheh... lenkali habak awai2 tau...

27hb tu esok, semoga selamat dalam perjalanan balik ke syria...

SoFie NuR said...

semoga selamat sampai ke bumi syria...

tintaHati said...

pakat2 balik syria dah ka?baguih la lama dah cuti kan...belajaq elok2 na...

Aima Othman said...

hehehe...tq jwb tag aku...pjg sungguh entry ini :D

Mardihah said...

erm....menarik jugak ya..tapi dihah malas nak layan tag..
ustaz, ustaz lum kawen erk? nak dihah carikan calon ka?
ups!

farah, s. said...

huuhu.. ade jugak org tak concern yg mase khutbah xleh bercakap. respect takde. isk3.

nak balik syria dah? have a safe journey k

farah, s. said...

huhu. i thought 27hb disember. rupanya november. so skaang kt sane dah lah ye.. hehehe

Bunga Rampai said...

Salam,

Hehehe ... kelakar cerita Farid ni :D

Dah ada kat Syria ni? Eh eh, nape saya pula yang semacam rasa sayu...

Selamat menuntut ilmu. Ilmu itu biarlah berserta iman.Itu satu pengorbanan.

Selamat menyambut Raya Korban :)