Friday, August 3, 2007

TENGAH BUAT APA TU ???????????????

Inilah soalan yang sering diajukan oleh kawan seperjuangan dengan ku..... mereka ini sering menanyakan soalan yang sama sedang mereka tahu apa yang kita sedang lakukan..... pelik sungguh depa ni..... apakah perasaan anda kalau mereka menanyakan soalan macam tu dekat anda sedangkan anda tahu yang dia dah tahu benda apa yang sedang anda lakukan......
Saya tak marah pon Cuma terasa kurang selesa..... kalau jawab yang bukan2 takut kawan tu terasa.....dalam kehidupan belajar diperantauan ni, hati kawan2 pon kena jaga kerana mereka ini sebahagian dari keluarga kita..... jd nak tegur pon tak sampai hati.... terpaksa menjawab pertanyaan mereka itu.... kalau nak tegur takut hubungan jadi renggang.... pening kalau nak difikirkan.... mmg banyak dugaan hidup diperantauan mcm saya ni..... tak lepas dari dugaan dan rintangan semasa menuntut ilmu ni....
Saya ada kawan yang mana dia pun dah jadi marah dan rimas dkt seorang kawannya lagi.... asyik tanya benda yang sama ja “tengah buat apa tu” sadangkan dia nampak kawan tu tgh buat apa..... macam mna lah nak ubah sikap mereka ni.... kan lebih baik berzikir ka, berdoa ka, dari tanya benda yang tak berfaedah tu.... cuba la dia tanya benda yang berfaedah seperti “ dah mayang ka belum...” dari tanya “ tengah buat apa tu” ada juga manfaat.... apa pun daya harap dan saya doakan semoga mereka boleh berubah....
“ HILANG HARTA BOLEH DICARI...
HILANG TEMAN MERANA DIRI....”

P/s Berbuat baiklah kepada saudara dan kawan kita walaupun dia selalu menyakiti hati kita... kerana mungkin suatu hari nanti dia akan sedar akan kesilapannya itu... mungkin berkat kesabaran kita itu akan membawa mendapat ganjaran diakhirat nanti....
Firman ALLAH SWT
“sesungguhnya ALLAH bersama orang – orang yang bersabar”

6 comments:

akirasuri said...

hu hu hu.
mungkin dia bertanya tu sekadar untuk beramah mesra.
sudah jadi kebiasaan orang kita bertanya sebegitu kan.
jangan tensi tensi.
:)

SoFie NuR said...

salam,

memang la kekadang kite naik nyampah bile org yg duk sebelah kite tanye soalan camtu padahal diorang tau je kite tgh buat pe tp bile difikirkan balik,maybe diorang nk ajak sembang ke,nk tanye something ke...kite xtau pe yg diorg fikir...

kieron said...

hal kecik je...
think positive...xde mende pn.(",)

achik said...

tiap kali dia nak start borak otometik keluar ayat tu kot.. ;)

faridmw said...
This comment has been removed by the author.
faridmw said...

(akirasuri)

tul tu... mungkin dia rapat kan ukhuwah lagi kot... dgn cara itu dia boleh bersembang dan merapat diri dia ngan kita..

(zizie ali)

;)

(sofie nur)

mungkin tul juga kata awak... munkin itu salah satu caranya nak beramah mesra ngan kita...

(khairunnisa)

hal kecik ja... tp mungkin kepada orang cepat terasa itu adalh hal besar..

(achik)

itu mungkin cara dia kot... setiap orang ada cara tersendiri.. tul tak?