Wednesday, October 17, 2007

suasana hari raya disyria...





selamat hari raya buat semua rakan rakan blogger.. selepas berpuasa selama sebulan tiba la pulak hari raya..
disini suasana hari rayanya lain dari malaysia.. maklumla di rantauan... selepas menunai sunat aidil fitri pergila ziarah umah kawan2... tak larat la nak lawat semua rumah.. mana yang larat ja yang pergi...
pada hari keduanya pulak.. ada rumah terbuka di pejabat kedutaan.. ramai la yang hadir... dalam perjalanan ke pejabat duta, aku dan kawan pakai la baju melayu... ada arab gelak... memang tak patut... nasib kami tak pakai sampin.. kalau tak arab ingat kami pakai skert pulak.. lagi malu nanti... sampai di pejabat duta ramai la orang melayu yang sedang memperagakan baju melayu mereka.. ada yang cantik dan ada yang menawan... banyak makanan yang disediakan... laksa , sate, nasi himpit, nasi dagang, dan banyak lagi.....



jemutla makan......


sedapnya....


selepas selesai pi pejabat duta kami terus balik sebab kenyang sangat.... sampai termengah-mengah... sambil makan sambil tengok persembahan.....


tengah nyanyi lagu raya....

keesokkan harinya kami pula buat rumah terbuka... ramai juga yang datang...banyaknya kasut....

masak nasi lemak ja... kami jemput orang melayu ja.. sebab arab tak makan pedas... memang letih kalau bt rumah terbuka... bermula dari selepas asar sampai kul 1.30 malam... orang terakhir datang adalah presiden PPMS... selepas selesai ku terpikir.... esok dah mula kelas larat ka tak nak pi kelas... kuatkan semanagat kena pi juga..... esok hari pertama start kelas.....

p/s kepada kawan ku yang nakmula kelas dah.. selamat belajar dan semoga berjaya selalu...




22 comments:

Anonymous said...

Kalu tak abis nasi lemak tu bagi kat aku ek? Aku tengah lapar ni. Sekarang ni kedai-kedai makan kat opis aku ni tak bukak lagi pasal masih beraya. Sedih aku...uhuks!

Inah said...

ohooo..x ajak pun

Purpleheart said...

Seronoknyaaa.. berapa ramai la orang yang datang tu ek. Mesti tak menang tangan ngan kaki.. hehehe......

Gg said...

wah~~ beraYa dirantauan nampaknYa..
sLamaT haRi raYa diucapkan~
maaf zahir dan batin..
=)

nanonano said...

wlaupun raya diperantauan..
tp juadah raye ttp same cm kat sni..
trubat la sket rindu kat tanah air erk?
siap buat open house lg tuh..
btl ke ramai org tu? kot2 la sorg de 5psg kasut kn..
tu yg bsepah..hik hiks :p

Shumierain said...

Salam Lebaran,
Thanx sbb sudi singgah diblogku..
sedih x raya di perantauan..tp nampak cam best jer raya kat sane..menu 2 pun cam lazattt..anyway slmt ari raya..

akirasuri said...

Salam.

buat rumah terbuka tak ajak pun ek.
ish ish ish :D
masak nasi lemak ek?
siapa chef?
kirim salam kat chef ek.
hahak!

*larik balik rumah*

SoalHati said...

wah...makan macam2 bila raya..mengalahkan kita yang beraya kat umah ni;)

cakapaje said...

Salam Lebaran,

Hmm...sedapnya juadah itu; kebab takde ke?

kawaii_desu said...

salam ziarah :)

selamat hari raya. walaupun jauh di perantauan tapi tetap disambut dgn penuh senyuman kan.

tersenyum je bila kita tgk sajian open house tu :)

Butaseni@Wan Raja said...

ui meriah meriah.
gambar kasut tu cukup untuk menggambarkan betapa meriahnya raya kau hehehe
salam

Anonymous said...

Wah! Banyaknye kasut! Ha ha! Update?

NBK466 said...

Musti org ARAB tuh jeles tgk hang segar sgt mengenakan baju melayu tuh... he..he..he..

Unknown said...

Menarik merasai pelbagai pengalaman dirantau orang. Mahal tu :)

Wanpetunjuk said...

Salam...napa plak org arab boleh gelak bila pakai baju melayu...adakah kerana pakaian kita terlalu pelik??

tak kan...apapun...besh plak tengok sambuatn hari raya di sana...semoga kerindua pada tanah air terubat!!!

AuntyN said...

Assalamualaikum. Terimakasih kerana singgah ke blog AuntyN. Ni AN datang bertandang ni. AN belum lagi update blog, bila2 tu singgahlah lagi ye. Seronok tengok orang beraya diperantauan ni. Entah bila AN nak sampai ke Syria entahlah, Tak pa lah, pasang angan-angan dulu ekk...

Shumierain said...

bz kerrr.lama xupdate blog...

Intan and The Boys said...

wah...
sangat meriah ek
nasi beriyani kan dalam gambar tu?
sedap tul rupanya! ;)

Wira Nordin said...

salam
masih beraya ye kamu?
jgn lupa puasa-6

tintaHati said...

wpn sdkt terlambat tp tinta nak ucap juga salam aidilfitri buat paed dan kengkawan...

napa org sana gelak hangpa pakai baju melayu?takkan la setelah sekian lama mereka tak pernah lihat baju melayu?heran!

shahril aley said...

wah best betoi sambut raya ramai2...walau nasi lemak pun nampak mcm simple tapi ade gak hasil air tangan korang nak jamu tetamu datang bertandang. ermmm...banyak dapat duit raya?

Mak Su said...

Eh.. jangan ler malu berbaju melayu di perantauan... peragakanler dengan bangga. Selamat hari raya, selamat bergembira.