Monday, August 6, 2007

mesir ke syria

Pengalaman hidup yang tak dapat ku lupakan semasa berada di perantauan..... satu perjalanan yang penuh dugaan yang ku rasa itu adalah dugaan ALLAH kepada setiap hambanya untuk menguji kesabaran dan ketabahan dalam mencari atau menuntut ilmunya...

Pengalaman ini berlaku semasa dibulan puasa tahun lepas dan semasa dalam perjalan dari kaherah ke syam (ibu negara syria) itulah banyak dugaan yang berlaku.kami datnag ke kaherah kerana ada sebab yang tak dapat di elakkan,selapas lama di kaherah Kami berfikir untuk hendak pulang ke syam untuk menyambung balik perbelajaran kami yang sudah terhenti begitu lama....
Kami pilang dari kaherah ke syam menggunakan jalan darat.... kerana kalau menggunakan kapal terbanag tiketnya begitu mahal jd kami bercadang mengunakan jalan darat ja. Kami mengambil bas dari kaherah dalam pukul 12 am, kami bertolak dari sana dengan iringan doa untuk keselamatan kami dalam perjalan... semasa dalam perjalana dari keherah ke kapal (lupa nama tempatnya apa) mengambil masa begitu lama juga kira bertolak malam pagi dalam kul 6 baru sampai... bersahur pun tunggang langgang la jawabnya...
Kami sampai di kapal pukul dalam kul 9 pagi... kami berehat seketika di tempat menuggu kerana letih berada lama didalam bas tadi... seorang kawan ku pergi mencari tiket kapal untuk menyebrangi laut dari mesir ke jorden... selepas seketika kawan yang mencari tiket tadi pon datang kembali dan memberitahu kami tiket pukul 2 satgi... kami pon menunggu dgn kesabaran sebelum dapat naik kapal, selapas kami mendapat cop untuk keluar dari mesir kami dah terlepas dari satu dugaan..dari tempat menunggu ke kapal kena naik bas lak yang mengambil masa dalam 5 minit.. tepat pukul 2.30 satu bas untuk membawa penumpang ke kepal datang tetapi masalahnya bas itu untuk sapa yang beli tiket bot laju.. mungkin itu bukan bot kami lagi kot.. dalm masa 30 minit datang sebuah bas lagi dia ajak kami naik sekali kami pon naik la tp tak semua dari kami dapat naik bas tu kerana dah penuh... hanya kau dan kawn ku berapa orang ja sempat naik... ku berfikir mungkin dia akan datang balik untuk mengabil kawan ku pulak.. sampai dikapal ku dan kawanku dipereksa tiba2 ku dapati pasport kawanku ada dkt aku, ku lupa yang dia menyuruh ku pegangkan pasportnya kerana dia terpaksa mengangkat bag yang banyak semasa hendak naik bas tadi... orang kapal kata kepada saya awak kena tunggu kawan awak tu dulu dan awak tak boleh naik kapal lagi.. saya pon turun la dari kapal kerana terpaksa mengunggu kawan saya dulu, kawan yang yang sempat naik bas ngan saya tadi dudah naik kapal mereka kata kat saya yang satgi kawan yang lain tu sampai kot... saya turun dgn perasaan kecewa kerana tak dapat naik kapal lagi..turun ja dari kapal saya lihat kapal yang sepatutnya saya naik tadi tiba dah nak bertolak..ku berkata dalam hati” aduh mampus aku apa aku nak buat ni kawan yang lain tak sampai lagi kepal dah bertolak”..tiba2 kawan ku tel memberitahu ku suruh datng balik ke tempat menunggu tadi..aku nak p mcm mna kerana aku tak tau jalan, masa naik bas hndak ke kapal tadi tu tak tgk luar. Mau tak mau kena p kat kawan2 ku juga, kena pandai buat pala sendiri la, berjalan la dgn perasaan kecewa kerana tak dpt naik kapal lagi ..aku ni dah la tak tau jalan nak balik kat kawan ku tadi, jaln juga la, dalam perjalan tu tgk tempat apa ni tak mcm tempat tadi pun.. sesat rupanya, ku berpatah balik menggunakan jalan lain ku tgk ada kawan ku tak sempat naik tadi melambai tgn sbgai tanda isyarat yang mereka ada disitu, kekecewaan tadi terubat dgn kegembiraan kerana ku dah berjumpa ngan kawan ku balik... kawan yang pasportnya ada kat aku tadi berkata “nasib baik hang tak naik kapal lagi kalau tak aku pakai takleh p mna la sbb pasport takda” aku kata kat dia takpa la mungkin ini ada hikmahnya, seorang kawan lain pulak berkata kepada ku yang kapal yang sepatutnya aku naik tadi bukan kapal yang kami semua akan naik mungkin sbb kapal tu tak penuh dia mengambil orang yang naik kapal lain juga.. semua kapal kat situ akan pergi ke tempat yang sama juga jd tak kisah la naik kapal mana pon... sudah berapa lama tunggu pukul 9 malam baru dapat naik kapal..
Kami sampai di pelabuhan jorden pukul 1am.. kawan yang naik kapal tadi awal menanti kami di tempat menunggu di pelabuhan jorden..selepas berjumpa balik kawan yang berpisah seketika tadi kami bersyukur sangat ......... salam kami bersyukur itu satu dugaan lagi yang mendatang iaitu pasport kemi telah dipegang oleh pihak berkuasa sehimgga pagi kerana kalau rakyat malaysia dia akan menanyakan sebab2 kemasukkan ke nagara depa.. kami terpaksa bersahur di pelabuhan ja... hampir kul 11 pagi baru kami dapat keluar dari pelabuahan itu.. kami mengambil servis untuk ke Amman. Dalam perjalanan ke Amman pamandu servis yang membawa kami tu adalah kaki botol (kaki minum arak) dah la tak posa minum pulak, ini yang menyakitkan hati ni... dalam perjalanan itu servis kami telah disaman kerana membawa barang yang berlebihan.. apabila disaman kami ingatkan dah selesai dah tiba2 pemandu servis pulak bergaduh dgn penolongnya kerana penelongnya bagi bg rasuah kat polis itu terlalu banyak... mereka mengejar polis itu balik untuk meminta balik rasuah itu... memang dugaan bulan puasa la. Kami sampai di Amman kira2 kul 5 petang, kami berjumpa dgn tokey kedai kereta sewa untuk membawa kami ke dimasyq, kami pon ittifaq(buat perjanjian) dgn tokey tu 2 kereta sewa,tokey tu kata ok, kami pun berasa lega dan terus pergi sembahynag di masjid berdekatan... selesai sembahyng kami kembali ke kedai itu balik dan kami dapati kereta sewa itu sedang menunggu dah tetapi bukan yang kami sewa tu.. tetapi tokey kedai itu suruh kami naik juga, kami pelek sbb kami sewa 2 kereta untuk kami sahaja tetapi ni suruh kami naik ngan orang asing pulak, kami pon tanya tadi dia kata lain sekarang buat lain, tokey itu jawab kereta sewa takda lak.. kami terpaksa berpisah sekali lagi... selepas semua kawan lain sudah naik kereta sewa, tinggal aku ngan 3 orang kawan lain tak dapat naik kereta lagi... kami menunggu hampir sejam untuk mendapat kereta yang lain... berbuka tgh jalan lagi la kami hari tu.... sakit hatinya kat arab... kami dapat masuk dgn selamat ke syria.. kami bersyukur sangat... akan tetapi pengalaman yang kami lalui tu tak akn dapat kami lupakan...
Mungkin tiu satu dugaan dalam kita hendak mencari ilmunya....
Mungkin kesusahan itu akan membuatkan kita lebih bersemangat dan lebih kekuatan dalam menuntut ilmu..
Buat samua sahabat ku bersemangat lah dalam membuat sesuatu dan jangan berputus asa walaupun dugaan mendatang...

4 comments:

Maryam said...

bestnya... bila la buleh rasa pengalaman-pengalaman tu...

achik said...

pengalaman cikgu terbaik.. :)

faridmw said...

(awwaab)

kalau nak rasa pengalaman tu kena la datang sini....
pengalaman yang tak dapat dilupakan..

(achik)

tul tu... bukan senag nak cari pengalaman sebegitu rupa...

Sunan_Jati said...

wahahah...
hapdet pls...

slamat berhujung mggu...
hehehhehe

:P