Sunday, November 23, 2008

Suka dan duka.. dan jawab tag…

Hari jumaat adalah salah satu hari dalam seminggu..(bg sesiapa yang tak tahu sila ambil tahu)hehehe...

Nak mula cita ni.. tak sabaq sabaq dah ni.. aku pi mayang jumaat dkt masjid takkan dkt umah pulak kan, hehehe aku tgk gelagat orang melayu kita.. dah ada petanda dilarang bercakap ketika imam berkhutbah.. tpi knp orang melayu kita tak faham bahasa melayu… nanti tulis bahasa arab baru tau.. kalau budak-budak bercakap aku kisah juga sbb bapak dia tak reti ajar anak bahawa masa khutbah tak leh sembang.. ni yang aku lebih kisah seorang bapak dok sembang ngan anaknya tpi anaknya senyap ja.. anak reti dari bapak… aku rasa bapak dia tak faham bhasa melayu kot.. ish… napa la jadi mcm tu…

Malam tu pulak mak bt makan-makan sikit sbb kami dah nak balik Syria dah… ramai juga la yang hadir..nak tangkap gambar tpi kamera pulak merajuk… tak leh pujuk lagi ni.. hehe, lepas ja makan aku dengan angah terus bersiap untuk pi ke shah alam sbb kena jumpa seseorang… aku sampai shah alam kul 4 stgh pagi.. dok lepak2 dkt syeksen 17 tiba2 hujan… hujan rahmat kot.. hehehe, apabila hujan renyai2 aku ambik teksi pergi ke masjid negeri untuk solat subuh… mmg ngantuk tahap suria perkasa hitam tpi kena tahan juga… selesai sembahyang sempat aku lelapkan mata sat dkt bawah tu..dalam kul 8 stgh aku pi jumpa orang yang nak aku jumpa tu.. itulah niat aku mai shah alam.. sembang dan bincang makan masa sejam.. abih tu aku terus cari tiket balik (bagaikan penang ngan shah alam tu mcm umah aku dgn kampung sebelah ja.. hehehe).. aku dapat tiket 12 tghari.. mmg penantian tu satu penyiksaan..
Dalam bas aku naik penuh dgn pendatang asing.. aku pon pelek mana mai la depa semua ni. diperhentian rehat aku tgk sorang makcik dan anaknya dok pujuk pemandu bas tu supaya turunkan dia di tol parit buntar.. tpi pemandu tu kata tak boleh .. mana boleh berhnti ikut suka.. aku rasa makcik tu tak nyanyi lagu rela ku pujuk kot. Hehehe. Tpi aku puji sikap pemandu bas tu, kerana dia tetap berpegang pd undang2.. mana leh turunkan orang suka2 hati.. aku tak kisah makcik tu nak menyanyi ka hapa ka… masa tu aku cuma nak turun pergi ke tandas ja dah tak tahan dah nak buang air kecil.. dihadapan aku ada dua mamat bangla nak turun juga.. boleh dia berhenti tgk makcik tu sembang, mcm la dia faham.. dia nak ngorat anak makcik tu la kot… mentangla anak makcik tu cun, badan menarik,putih melepak, mula la mamat bangla tu nak bt hensem tpi apa aku kisah sbb dia hensem sikit aku hensem banyak.. hehehe… mula taknak kisah tpi terpaksa kisah sbb dia berhenti tgh tangga nak turun bas dah tak tahan nak buang air.… dia ingt dia kuat sangt ka .. dia tak tau aku lagi kuat..bukan kuat bertumbuk tpi kuat mengata.. hehehe.. kalau aku mengata mmg dia akan sakit hati, klu dia tak sakit hati aku yang sakit hati tpi apa aku kisah kalau aku sakit hati aku guna PENADOL AKTIF FAST.. hehehe (takda kena mngena.. hehehe)

Dok dalam bas mmg boring.. aku tgk pemandu tu bawak bas. Berhemah pemandu tu. Dia bawak taklebih dari 110 km/j.. mmg berhati.. bila sampai kesusur keluar batu kawan aku tgk jem giler (bukan jem yang makan ngan roti tu… hehehe) aku curi2 dgr pemandu bas sembang ngan pembantu dia..

Pemandu bas (orang cina) :banyak keleta nak pi batu kawan.
Pembantu(orang melayu) :mungkin ada bola kot..
Aku gelak sekuat2nya dalam hati.. nak gelak kuat secara real tkut orang kata aku ni tak betul.. tp mmg lawak la sbb yang ramai tu bukan tgk bola tpi ada JOM HEBOH dkt batu kawan… mmg tak tgk TV kot pemandu tu.. heheh… aku malas nak layan pemandu2 tu sembang.. dari aku layan baik aku layan mimpi aku lagi best.. aku terus lelap sedar2 dah sampai butterwoth..

aku balik Syria 27hb ni., doakan ku selamat pergi untuk melanjutkan pelajaranku.. dan selamat pulang,..doa kawan2 la diperlukan juga untuk aku Berjaya…

jawab tag dari aim-a

What were you doing 5 years ago?
masa tu aku sibuk ambil SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)...
What were the 5 things on your to do list today?
1. Cari brang balik syria
2. Tolong mak apa yang patut
3. Lepak ngan member
4. Chat ngan sesiapa nak chat ngan aku
5. Baca blog kawan… hehehe
What are 5 things that you do if you were bilionaire?
1. Nak bantu dan nak senangkan mak dan keluarga aku
2. Nak buat haji dan bawak seluruh keluarga aku buat haji dan umrah.. dan orang yang tak mampu sekali la… nak ajak bt haji dgn aku sekali.
3. Bantu pelajar yang susah untuk menuruskan pengajian… dan bantu orang yang susah..
4. Nak bt umah mcm dkt white house (angan2 mau tinggi.. ehehehe)
5. Nak kawin ( letak jam as kawin berapa pon aku tak kisah sbb aku kaya masa tu.. hehehe).
What 5 jobs you've had?
takda jawapan lagi.. sbb aku masih belajar…
Who are 5 person you want to tag?
bagi sesiapa yang nak jawab dipersilakan… hehehe… tiada paksaan dalam kehidupan (takda kena mengena pon.. hehehe)

p/s berhati diajalan raya.. dan bt pompuan jgn layan kalau mat mat bangla buat hensem.. hehehehe…

buat aim-a mmg aku dok tersenyum hehehe.. moga hang pon turut tersenyum hehehe..

Sunday, November 16, 2008

award.....


terima kasih kak tirana kerana sudi bagi kat dkt farid... farid terimanya dgn penuh rasa kesyukuran.. hehehehe..


dan 2 award ni dari kak ayu .................




award yang ke-2





terima kasih kak ayu dan sekrang aku nak bg 2 award dari kak ayu ni semua kawan-kawan di list link aku tu dan follower2 aku tu.... terima lah...


moga kita dirahmati selalu.. dan persahabatan akan berkekalan...


hehehehe..


Thursday, November 13, 2008

jawab tag... (paling aku malas).............

nak jawab tag dari siRibenMerah dan kak yatie ...

1. Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2. Don't change your clothes, don't fix your hair... just take a picture.
3. Post that pcture with NO editing.
4. Post these instruction with your picture.
5. Tag 10 people to do this.


gambar yang tak di edit langsung... sbb tak sempat nak bersiap nak mandi pon tak leh sbb letih sangt..... hehehe, gambar ni masa aku balik dari syria ke malaysia... dok atas kapal terbang lagi.. hehehehe...





aku nak tag sapa2 yang ada di list link aku... hahaha... (biar sama2 kena...gelak keseronokkan... hahahah)....

bg sesiapa yang dah jawab anda terselamat... hahahaha

Saturday, November 8, 2008

terkenang arwah abah...

antara gambar2 kenangan bersama abah dimesir sblum abah meninggalkan kami disyria...
dah hampai 4 bulan abah meninggalkan kami.. hanya kenangan dan doa yang mengiringi kami.


















apabila terkenang arwah abah.. aku akan berdoa...
ya allah engkau ampun kan dosa abah...
ya allah letakkan roh abah setinggi darajat disisimu..
ya allah engkau cucurilah roh abah..
amin ya robbal aa lamin...

nanti bila aku balik syria.. aku nak p ziarah kubur abah....

abah peneman kami disyria... inilah tempat bersemadinya arwah abah disyria.....