Tuesday, July 29, 2008

Hari terakhir bersama abah…

Semasa hari terakhir bersama abah aku terasa seperti ada sesuatu yang tak menyenangkan dgn diri aku, aku jadi tak senang duduk,tidur pon tak lena rasa mcm sesuatu ada yang tak kena ja,rupanya ada yang akan berlaku. Pada hari terakhir bersama abah aku ada peperiksaan di jamiah(universiti),pagi tu aku tak dapat tidur kerana mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan petang nanti belum selesai. Aku lihat abah turun dari tingkat atas dgn penat,aku ingatkan biasa kerana sebelom ini pon abah penat juga selepas abah guna gas penat,insyallah lega tapi hari itu penat abah tak hilang juga,abah ajak aku ke hospital tapi aku ada peperiksaan hari tu.. aku kata dekat abah suruh ajak angah.. aku tengok abah makin teruk walaupun guna gas tpi tak hilang juga penat abah.. aku dah rasa mcm ada sesuatu yang tak kena… macam biasa aku keluar pergi periksa pada pukul 4 ptg,tapi aku rasa nak keluar awal petang tu,aku kuar dalam kul 3.30 ptg. Aku salam macam biasa la dengan mak abah, tapi ada kelainan sikit hari tu, macam ada sesuatu yang akan berlaku,tapi aku tak tau benda apa berlaku. Aku periksa madah(subjek) hadis hari tu. Aku mula periksa pukul 5 sampai kul 7 ptg. Aku sesalunya hari periksa aku takkan bawak handphone ke kelas takut diganggu masa menjawab periksa,tpi hari tu aku terasa untuk bawa handphone ke kelas,aku sudah letak dalam poket handphone aku tu,sebelum keluar rumah aku kata dalam hati malas lak nak hp,aku tinggal hp di tingkat bawah rumah. Masa peksa hat akui menjadi resah,macam ada sesuatu berlaku, jawapan tak timbul2,mata jadi mengantuk,hati rasa resah gelisah,aku buat tak hirau mungkin itu biasa. Masa balik dari peksa aku seperti biasa aku menggunakan pengankutan awam yang terdapat diSyria. Dalam perjalanan pulang ke rumah,aku akan melintasi sebuah hospital,aku selalu juga pandang hospital tu,tapi hari itu hati aku tertarik untuk memandang hospital itu dengan lebih lama dan aku lihat ramai kelibatnya pelajar2 malaysia yang sedang bersembang sesuatu disitu,hati aku ingin mengetahui apa yang berlaku, tapi aku masih lagi dalam pengangkutan awam tu,jauh lagi untuk sampai ke rumah,hati aku makin resah melihat gelagat2 orang yang bersembang di hosptal itu,aku menyenangkan hati ku dengan tidak menyimpan syak apa pon, mungkin ada orang sakit kot. Aku buat tak endah jala dgn hmpunan pelajar2 malaysia tu. Aku terfikir balik golongan yang berada di hospital tu adalah kawan2 angah dan kawan2 aku juga masa di Malaysia. Aku buat tak endah walaupun syak dah makin kuat dalam diri. Aku terus balik rumah. Dalam hati ku mengatakan orang lain sakit. Ketika dalam perjalan balik,aku terjumpa seorang kawan yang menumpang seketika dirumah aku,aku tanya dia “sapa yang ada dir umah”,dia tak tau sbb dia ketuk pintu rumah takda orang buka mungkin semua orang tido kot sbb tu takda orang buka pintu tapi aku faham sebaliknya,aku ingatkan dia dari rumah saja keluar jalan ka,aku pon rasa tenang sikit.rupanya dia dari masjid nak balik rumah tapi tak ada orang buka pintu untuknya,dia ingat semua orang tidur. Aku tolong buka pintu dkt kawan aku tu sebab aku mempunyai kunci rumah,ku bersegera pergi ke rumah yang kami sekeluarga sewa sementara,kami sekeluarga tinggal asing,takkan nak duduk dengan kami lak,sbb kami semua remaja2,takut mak dengan abah tak senang pula. Aku terus ke rumah kami yang sewa sementara,aku mengetuk pintu tapi tiada orang buka mungkin angah bawak jalan,aku masih lagi nak senangkan hati yang resah ini. Aku melangkahkan kaki ku berjalan pulang ke rumah aku yang asal untuk ambil hp yang aku tinggal sebelum sebelum pergi peksa tu untuk aku telefon angah dia dok mana. Rumah asal aku dengan rumah sewa sementara tu tak jauh pon,belakang rumah asal ja. Dalam perjalanan nak balik aku tengok kawan aku yang aku tolong bukakan pintu itu tadi lari kearah aku. Syak aku dah makin hampir ke 100% dah,dah rasa tak sedap hati. Kawan aku kata abah masuk hospital. Aku pon bergegas ke hospital tanpa tanya banyak,dalam perjalan ke hospital kawan lain pula telefon dengan manyuruh aku datang hospital segera,dia tak beritahu apa yang terjadi kapada ayah aku,kali ke3 telefon berbuny,iaitu panggilan dari angah,angah suruh datang hospital, angah kata abah dah tiada,mulut aku menjadi kaku dan kleu seperti ada gam yang banyak telah di letakkan di bibir aku. Aku hanya mengeluarkan kalimah “innalillah hiwainna ilaihi rajiun” . Dalam hati aku masih mengatakan angah melawak dengan aku. Walaupun begitu hati aku masih tak mempercayainya dengan fikiran aku sedang menafsir sesuatu dengan mengatakan takkan abah dah tinggal kami. Aku masih kata itu melawak ja. Aku terus ke hospital,semasa berjalan aku telefon abang sulong ku yang berada di mesir untuk memberitahu berita sedih,tiada kalimah lain yang diungkapkan kecuali “innalillah”. Apabila aku sudah tiba di kawasan hospital,aku mencari dimanakah kelibatnya pelajar2 malaysia yang aku lihat semasa diatas pengakutan awam tadi,aku berjalan mencari dari luar hospital sahaja kerana pintu utama untuk masuk dijaga dan tidak dibenarkan masuk kecuali orang tertentu,aku bergegas ke pintu lain yang berada di belakang hospital,semasa aku berjalan aku melihat kelibat pelajar2 malaysia yang aku lihat masa atas pengankutan awam tadi. Orang pertama yang aku cari adalah mak,aku terus mencapai mak. Masa itu baru aku yakin sepenuhnya kata abah dah meniggalkan kami selamanya. Aku lihat mak la orang yang paling kuat semangat,begitula salah satu ciri2 orang yang tahu dan yakin dengan aqidahnya dan mempercayai bahawa allah dan tetapkan qodo dan qadar,mungkin Allah lebih menyayangi abah dan ada hikmah disebalik setiap kejadian yang Allah jadikan itu. Sesungguhnya aku sudah tak terdaya menahan sedih,tapi kadang ketahanan sorang ramaja tak lama,dia akan mengalah juga akhirnya,walaupun tak banyak setitik dua keluar jugala air mata sbb kehilangan abah yang kami tak sempat nak bermanja lama. Aku terfikir kenapa dugaan ini berlaku dekat diri aku dimasa aku dalam menghadapi pepriksaan ini,dugaan periksa belum habis aku tempuhi kenapa dugaan yang lain pula engkau datangkan,tpi aku kautkan semangat,mungkin ada hikmahnya. Sedih rasanya sebab tak ada disisi abah masa abah menghembuskan nafas terakhirnya. Aku terfikir macam mana aku nak hadapi peperiksaan yang seterusnya ini,adakah aku berdaya untuk melawan perasaan sedih ni. Kuatkah aku? Itulah persoalan yang bermain difikiran aku sampai sekarang. Mayat abah di biarkan dihospital malam itu sbb tak boleh bawak keluar kerana musim panas takut mayat cepat berbau. Malam itu aku menemani mak balik rumah sewa sementara itu. Mak berasa sunyi duduk diRumah itu,mak mengajak aku pergi kerumah asal aku. Aku bawak mak ke rumah asal aku, sbb di situ ramai sikit orang mungkin leh hilang sikit kesunyian mak itu. Aku tanya mak macam mana abah meninggal? Mak kata,masa lepas aku keluar tu abah dah tak larat dah,penat di makin menjadi2, abah suruh angah tukar pam gas penat tu yang lebih tnggi,angah pon pergi ke Farmasi,tapi doktor Farmasi kata kena bawak abah sendiri kesitu,angah balik beritahu abah,abah kata dekat angah abah dah tak larat dah nak jalan,angah kata angah keluar cari ambil ambulans jala,angah kuar mencarinya sementara mak menemani abah,masa itu dah nak masuk asar,abah kata abah nak p sembahyang zohor, abah nak mayang awal tadi tapi abah tak larat nak bergerak,bergerak sikit nak penat. Apabila nak habis waktu zohor abah bangun juga pergi ke tandas untuk ambil air sembahyang,sebelum masuk tandas abah,azan asar berbunyi,abah menangis sebab terlepas sembahyang zohor. Salah satu sifat abah yang aku bangga menjadi anaknya adalah abah tak pernah tinggal sembahyang walaupun diamana saja, tal kira la atas kapal terbang sekali pun tetep sembahyang sebagai tanda menghormati waktu,itulah sikap abah yang paling aku kagumi sehingga sekarang setelah apa yang diceritakan oleh mak. Abah dah tak larat,mak tolong ambilkan air untuk abah ambil air sembahyang,abah kembali ke tempat asal dia tadi. Penat abah makin menjadi walaupun guna gas penat tapi tak juga hilang,abah kata kat mak abah nak mati dah ni,mak suruh abah mngucap sambil menggosok belakang abah. Selapas mengucap,tangan abah tetap lagi tak berputus asa mengepam gas penat abah tu,abah mula tak berdaya dah selepas mengucap tu. Masa itu mak beritahu abah dah tak sedar dah. Mak menjerit memanggil nama angah walaupun angah tiada disitu. Angah datang dengan teksi selapas itu kerana angah beritahu van ambulans takda.Itulah salah satu sifat pemalas dan sifat bodohnya orang2 arab,bayangkan gunting pun boleh tertinggal dalam perut pesaki.Macam mana perkara asas seperti van leh tiada padahal aku lihat setiap hari van ambulans bukan main banyak,masa di hospital tadi pun aku lihat van ambulans banyak,mcm mna dia kata leh tiada van. Sakit hati dengan perangai arab ni. Angah dan pemandu teksi mengangkat abah bawa masuk kedalam teksi. Mak beritahu masa tu abah dah tak sedarkan diri dah dan abah dibawa ke hospital terus. Doktor mengesahkan abah dah meninggal dunia.
Aku bersyukur kepada ALLAH kerana arwah senang apabila hendak menemui ajalnya dan ketika hendak dikebumikan,tiada masalah,dari mula abah menghembus nafas terakhrnya hingga dikebumikan. Abah meninggal pun dengan mudah,dikebumikan dengan cepat. Selepas mandikan arwah abah dan dikafankan,disitu juga la kami pakat2 cium abah buat kali terakhir dan jenazah abah terus dibawa ketanah perkuburan,disembahyang pon didalam kawasan kubur,dibawah panas mentari tanpa ada sebarang bumbung atau pelapit. Selesainya sembahyang jenazah terus diangkat untuk dikebumikan.
Aku bersyukur juga kerana arwah abah sempat berjumpa kesemua anak2nya sebelum dia pergi buat selamanya,kami sempat bersama sekeluarga diMesir,emak dan arwah abah dari Malaysia ke Mesir dan aku dengan angah dari Syria ke Mesir, semua berkumpul di Mesir kerana abang sulung ku akan tamat pengajiannya di Mesir tahun ni,arwah abah nak ziarah Mesir sebelum abang sulung balik. Kami sudah lama tidak besama sejak beberapa tahun bermula dari thn 2004 apabila semua dah mula smbung belajar. Tahun terakhir abah ini lah kami berkumpul bersama. Abah juga telah menunaikan tanggungjwabnya dengan menghantar anak2nya ke bidang agama supaya dia mati nanti anak2nya leh mengimamkan jenazahnya, boleh menjadi ketua dalam bacaan tahlil untuknya,dan sebagainya,semua itu telah dicapai oleh abah,kerana anaknya sendiri mengimamkan jenazahnya,anaknya juga yang mengutuai bacaan tahlil untuknya,takda apa yang boleh ditinggalkan dan diharapkan kecuali anak2 yang soleh dan anak2 yang boleh mendoakan untuknya ketka dia sudah tiada. Selain itu abah juga telah meninggal dan disemadikan di syria iaitu bumi yang penuh dgn berkat dan disemadikan dibumi yang penuh dgn maqam para nabi,sahabat,ulama’ dan golongan orang yang syhid. Bukanlah peluang ini akan dapat oleh semua orang.
Ya ALLAH,
Engkau ampunilah dosa ayah ku,
engkau cucurilah roh ayah aku
engkau jauhkan lah dia dari azab api neraka mu,
engkau masukkanlah dia dalam syurga mu
engkau satu kanlah dia bersama orang yang soleh, orang yang beriman, dan orang2 yang engkau redoe,
engkau letaklah dia bersama orang yang syahid dan orang yang memperjuangkan agama mu,
amin ya robbal aalamin…

18 comments:

Intan and The Boys said...

farid, takziah akak ucapkan. akak baca entri farid kali ni, bergenang2 air mata akak. senang sungguh pemergian arwah abah farid tu.

farid tabahkan hati, kuatkan semngat ye dik. akak doakan farid kuat untuk hadapi exam yang akan datang lagi ni.

sampaikan salam takziah akak pada mak farid ye.

Amiha Ayu said...

takziah and al-fatihah...

dia pergi dalam keadaan yg amat sempurna & mudah... alhamdulillah..

semoga u & family tabah menghadapi dugaan ni...

Maryam said...

takziah farid...

insya Allah arwah abah farid berada di kalangan orang soleh.

dan tabah juga meneruskan perjuangan jawab exam..

Mak Su said...

Takziah, al-fatihah atas kehilangan abah yang tersayang

iEn said...

Takziah.. moga tuan rumah sabar dan kuat..

Wanpetunjuk said...

Salam bro...sedih juga baca cerita entry ini...Takziah Farid...

setiap kehilangan itu yang pasti akan mengingatkan kita tentang mati....

Semoga roh abab tergolong dalam golongan mereka yang beriman dan bertaqwa...

Semoga terus sabar dan kental dalam menghadapi ujian dariNya...

Mardihah said...

takziah....semoha roh dicucuri rahmat...

sabar ya...

Super Nia Hana said...

takziah farid
semoga roh abah farid dicucuri rahmat.

hmmm.watashi speechless

pandagumuk. said...

takziah farid.moge kamu kuat.doa banyak2.

Bunga Rampai said...

Salam,

Takziah. Semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Sabar dan redha.

Kita yang masih hidup, teruskan perjuangan menuju IhsanNya.

shahril aley said...

sayu & sedih bila aley baca entri ni
kehilangan sesuatu yang pasti dalam hidup ini
kita hanya perlu bersedia saja
terima takdir qada' & qador yang ditentukan olehNya

REEFapfy said...

takziah farid.
mungkin sudah terlewat.
tapi still merasakan pemergiaanya.

SELAMAT HARI RAYA

Nuranim~ said...

Saya ini tiada ikatan saudara pn dengan kamu.
Tapi,airmata bercucuran bila baca,.

Semoga abah ditempatkan dikalangan orang2 beriman,insyaAllah

'ya Allah,jadikanlah kami anak2 yang mengenang jasa ibu dan ayah.Amiin'

farah, s. said...

sedih entri ini T.T

takziah buat kamu

ajakrebyz said...

sedihnyer.. tp yg hidup akan pergi jua.. redha dgn apa yg berlaku..
Al-Fatihah...

JEFFROCKERS said...

salam saudara

semoga roh ayahanda dutempatkan di kalangan orang beriman dan para soleh

Unknown said...

takziah farid.entry ni banyak persamaan dengan hakim dirani. angah yang dimaksudkan mungkinkah hakim?

apapun,saya pasti aruah ayah awak bahagia di sana-kerana doa anak2 yang soleh sprti kalian sudah cukup menerangi pusaranya.

moga dikurniakan kedamaian dan kekuatan hati.

faridmw said...

terima kasih atas ucapan kawan.. moga kita semua dorahmai.. hakim dirani adalah abang saya yang kedua.. aku panggil dia angah.... tu yang kadang2 sama entry kami..