Thursday, December 4, 2008

bermasalah...

salam...
bermasalah pulak dekat syria ni... nak masuk cc pun kena bg no pasport... pastu nak buka blog pon susah.... semua mamnu' (dilarang)... youtube pon tak leh buka...
teruk tul la... jadi tak leh selalu jengok blog kawan... kadang2 tu leh la... sbb nak masuk selalu tak leh...
hempeh tul....
dkt syria ni banyak sngt benda dilarang....
dah nak dkt raya ni..
farid ucapkaan selamat hari raya aidil adha... (kullu am wantum bialfo alfi khair)... moga bergembira selalu

Sunday, November 23, 2008

Suka dan duka.. dan jawab tag…

Hari jumaat adalah salah satu hari dalam seminggu..(bg sesiapa yang tak tahu sila ambil tahu)hehehe...

Nak mula cita ni.. tak sabaq sabaq dah ni.. aku pi mayang jumaat dkt masjid takkan dkt umah pulak kan, hehehe aku tgk gelagat orang melayu kita.. dah ada petanda dilarang bercakap ketika imam berkhutbah.. tpi knp orang melayu kita tak faham bahasa melayu… nanti tulis bahasa arab baru tau.. kalau budak-budak bercakap aku kisah juga sbb bapak dia tak reti ajar anak bahawa masa khutbah tak leh sembang.. ni yang aku lebih kisah seorang bapak dok sembang ngan anaknya tpi anaknya senyap ja.. anak reti dari bapak… aku rasa bapak dia tak faham bhasa melayu kot.. ish… napa la jadi mcm tu…

Malam tu pulak mak bt makan-makan sikit sbb kami dah nak balik Syria dah… ramai juga la yang hadir..nak tangkap gambar tpi kamera pulak merajuk… tak leh pujuk lagi ni.. hehe, lepas ja makan aku dengan angah terus bersiap untuk pi ke shah alam sbb kena jumpa seseorang… aku sampai shah alam kul 4 stgh pagi.. dok lepak2 dkt syeksen 17 tiba2 hujan… hujan rahmat kot.. hehehe, apabila hujan renyai2 aku ambik teksi pergi ke masjid negeri untuk solat subuh… mmg ngantuk tahap suria perkasa hitam tpi kena tahan juga… selesai sembahyang sempat aku lelapkan mata sat dkt bawah tu..dalam kul 8 stgh aku pi jumpa orang yang nak aku jumpa tu.. itulah niat aku mai shah alam.. sembang dan bincang makan masa sejam.. abih tu aku terus cari tiket balik (bagaikan penang ngan shah alam tu mcm umah aku dgn kampung sebelah ja.. hehehe).. aku dapat tiket 12 tghari.. mmg penantian tu satu penyiksaan..
Dalam bas aku naik penuh dgn pendatang asing.. aku pon pelek mana mai la depa semua ni. diperhentian rehat aku tgk sorang makcik dan anaknya dok pujuk pemandu bas tu supaya turunkan dia di tol parit buntar.. tpi pemandu tu kata tak boleh .. mana boleh berhnti ikut suka.. aku rasa makcik tu tak nyanyi lagu rela ku pujuk kot. Hehehe. Tpi aku puji sikap pemandu bas tu, kerana dia tetap berpegang pd undang2.. mana leh turunkan orang suka2 hati.. aku tak kisah makcik tu nak menyanyi ka hapa ka… masa tu aku cuma nak turun pergi ke tandas ja dah tak tahan dah nak buang air kecil.. dihadapan aku ada dua mamat bangla nak turun juga.. boleh dia berhenti tgk makcik tu sembang, mcm la dia faham.. dia nak ngorat anak makcik tu la kot… mentangla anak makcik tu cun, badan menarik,putih melepak, mula la mamat bangla tu nak bt hensem tpi apa aku kisah sbb dia hensem sikit aku hensem banyak.. hehehe… mula taknak kisah tpi terpaksa kisah sbb dia berhenti tgh tangga nak turun bas dah tak tahan nak buang air.… dia ingt dia kuat sangt ka .. dia tak tau aku lagi kuat..bukan kuat bertumbuk tpi kuat mengata.. hehehe.. kalau aku mengata mmg dia akan sakit hati, klu dia tak sakit hati aku yang sakit hati tpi apa aku kisah kalau aku sakit hati aku guna PENADOL AKTIF FAST.. hehehe (takda kena mngena.. hehehe)

Dok dalam bas mmg boring.. aku tgk pemandu tu bawak bas. Berhemah pemandu tu. Dia bawak taklebih dari 110 km/j.. mmg berhati.. bila sampai kesusur keluar batu kawan aku tgk jem giler (bukan jem yang makan ngan roti tu… hehehe) aku curi2 dgr pemandu bas sembang ngan pembantu dia..

Pemandu bas (orang cina) :banyak keleta nak pi batu kawan.
Pembantu(orang melayu) :mungkin ada bola kot..
Aku gelak sekuat2nya dalam hati.. nak gelak kuat secara real tkut orang kata aku ni tak betul.. tp mmg lawak la sbb yang ramai tu bukan tgk bola tpi ada JOM HEBOH dkt batu kawan… mmg tak tgk TV kot pemandu tu.. heheh… aku malas nak layan pemandu2 tu sembang.. dari aku layan baik aku layan mimpi aku lagi best.. aku terus lelap sedar2 dah sampai butterwoth..

aku balik Syria 27hb ni., doakan ku selamat pergi untuk melanjutkan pelajaranku.. dan selamat pulang,..doa kawan2 la diperlukan juga untuk aku Berjaya…

jawab tag dari aim-a

What were you doing 5 years ago?
masa tu aku sibuk ambil SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)...
What were the 5 things on your to do list today?
1. Cari brang balik syria
2. Tolong mak apa yang patut
3. Lepak ngan member
4. Chat ngan sesiapa nak chat ngan aku
5. Baca blog kawan… hehehe
What are 5 things that you do if you were bilionaire?
1. Nak bantu dan nak senangkan mak dan keluarga aku
2. Nak buat haji dan bawak seluruh keluarga aku buat haji dan umrah.. dan orang yang tak mampu sekali la… nak ajak bt haji dgn aku sekali.
3. Bantu pelajar yang susah untuk menuruskan pengajian… dan bantu orang yang susah..
4. Nak bt umah mcm dkt white house (angan2 mau tinggi.. ehehehe)
5. Nak kawin ( letak jam as kawin berapa pon aku tak kisah sbb aku kaya masa tu.. hehehe).
What 5 jobs you've had?
takda jawapan lagi.. sbb aku masih belajar…
Who are 5 person you want to tag?
bagi sesiapa yang nak jawab dipersilakan… hehehe… tiada paksaan dalam kehidupan (takda kena mengena pon.. hehehe)

p/s berhati diajalan raya.. dan bt pompuan jgn layan kalau mat mat bangla buat hensem.. hehehehe…

buat aim-a mmg aku dok tersenyum hehehe.. moga hang pon turut tersenyum hehehe..

Sunday, November 16, 2008

award.....


terima kasih kak tirana kerana sudi bagi kat dkt farid... farid terimanya dgn penuh rasa kesyukuran.. hehehehe..


dan 2 award ni dari kak ayu .................




award yang ke-2





terima kasih kak ayu dan sekrang aku nak bg 2 award dari kak ayu ni semua kawan-kawan di list link aku tu dan follower2 aku tu.... terima lah...


moga kita dirahmati selalu.. dan persahabatan akan berkekalan...


hehehehe..


Thursday, November 13, 2008

jawab tag... (paling aku malas).............

nak jawab tag dari siRibenMerah dan kak yatie ...

1. Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2. Don't change your clothes, don't fix your hair... just take a picture.
3. Post that pcture with NO editing.
4. Post these instruction with your picture.
5. Tag 10 people to do this.


gambar yang tak di edit langsung... sbb tak sempat nak bersiap nak mandi pon tak leh sbb letih sangt..... hehehe, gambar ni masa aku balik dari syria ke malaysia... dok atas kapal terbang lagi.. hehehehe...





aku nak tag sapa2 yang ada di list link aku... hahaha... (biar sama2 kena...gelak keseronokkan... hahahah)....

bg sesiapa yang dah jawab anda terselamat... hahahaha

Saturday, November 8, 2008

terkenang arwah abah...

antara gambar2 kenangan bersama abah dimesir sblum abah meninggalkan kami disyria...
dah hampai 4 bulan abah meninggalkan kami.. hanya kenangan dan doa yang mengiringi kami.


















apabila terkenang arwah abah.. aku akan berdoa...
ya allah engkau ampun kan dosa abah...
ya allah letakkan roh abah setinggi darajat disisimu..
ya allah engkau cucurilah roh abah..
amin ya robbal aa lamin...

nanti bila aku balik syria.. aku nak p ziarah kubur abah....

abah peneman kami disyria... inilah tempat bersemadinya arwah abah disyria.....





Friday, October 31, 2008

sibuk....




minggu lepas sibuk sbb ular masuk umah.. tpi ular pon tak jumpa2 pon.. hai pelek tul.. mungkin ular tu dah kuar kot,,, harap2 gitu la... dia datang nak beraya pastu dah nak hbs dah bulan perayaan ni dia kuar la.. hehehehe(pemikiran yang tak leh pakai...)
sibuk sibuk sibuk... (buat2 sibuk ja.. hehehe). macam2 kerja nak kena buat sbb nak sambung pelajar balik dah, rasa bulan ni kot aku balik syria untuk sambung belajar, benda-benda yang perlu aku buat (nak senarai lah.. hehehe) ialah...
1) nak buat posport lain kerana posport sebelom ni rosak...


yang kiri tu pasport lama... yang kana tu pasport baru ku.. lawa tak?

2) nak cari alamat orang2 yang baik hati nak bg derma untuk aku nak sambung belajar.. (ini kerja yang paling susah nak bt)

salah satu lampiran untuk surat minta subangan hehehehe.... faham tak apa yang ditulis.( aku pon tak faham..hehehe)


3) nak cari tiket nak balik syria (bukan aku yang cari tpi aku bt2 sibuk ja.. hahahha)

4) nak cari duit nak nak p sana.. (dt tak cukup lagi)

5) nak cari barang nak bawa balik syria...(dt takda nak cari apa.. hehehehe)

6) nak memperlawakan umah aku yang dah sedia lawa ni... (tulis ja buat tak pon.. )




lawa tak jalan masuk umah aku dan umah aku sekali la... hehehehe

jadi bila ada free time tak tau nak bt apa baik aku tulis2 ja apa2 yang aku suka.. hehehe.. itu yang masa aku jadi sibuk... hehehehe



menulis2 ketika boring.....

Thursday, October 23, 2008

berjaga-jaga...


aduih(loghat utara) hehehehehe.... ular masuk dalam umah pulak... takutnya.. apa nak buat ni... sampai la tak jumpa2 lagi... kelmarin selapas keluar bilik air aku ternampak ular apa ntah.. besar dan panjang juga.. warna kuning... dari kelmarin sampai sekrang dok cari tapi tak jumpa2 lagi... ni yang buat aku seram tak tentu arah ni.. nak tido pon tak senang..aku berkata dalam hati ... "hai ular keluar la jgn la ganggu kami" dah la aku suka tido dkt ruang tamu.. buat2 tgh tido dia datang kat aku mampus aku... semalam aku mmg berjaga2 sampai nak tido pon tak leh sbb takut...



tgk bawah almari kot2 ada ular..


bawah rak gambar.



bawah kursi...


bawah rak juga...

bawah almari...

tkut punya pasal terpaksa aku ambil kersi panjang diruang tamu hadapan ke ruang tamu tgh kerana takut... inilah tempat tido aku yang paling tak selesa kerana tkut ular datang masa aku tido...

mmg tak selesa tido atas kursi tu... mmg tak leh nak tido nyenyak.. tu yang aku letak lettop dpn tu habuan leh tgk internet sambil berjaga2 tkut ular mai...

bg sapa2 yang tak takut ular.. mai la tolong tangkap.... hehehehehehe..

Saturday, October 11, 2008

beza raya di syria dan malaysia..

Tak banyak perbezaan raya disyria dan diMalaysia...

gambar suasana raya diSyria thn lepas..

(beraya dipejabat kedutaan)...






susana beraya dirumah kawan2 diMalaysia....

apa pun beraya dimana serupa ja... janji kita bergembira selalu...

p/s berhati2 dijalan raya apabila memandu.. hehehe

Friday, September 26, 2008

selamat hari raya aidilfitri....

salam buat semua sahabat2 ku ta kira dimana anda berada.. senyum-man ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI maaf zahir dan batin.. (kullu am waantum bikahir)...
mai la umah raya nanti ya..
semoga raya disambut dgn penuh senyuman..... kan kan kan ;)

Thursday, September 18, 2008

beraya di MALAYSIA....

Tahun ni aku beraya di Malaysia selepas 3kali aku beraya puasa diperantauan... thn ni aku beraya di tanah air pulak... beraya dimna2 pun sama, cuma berbeza dari segi adat dan budaya... klu dkt syria raya tak sama sperti malaysia... klu di syria lepas mayang raya blik tido ja,klu nak kuar jalan pun hari raya ke2 keatas.. sbb rakyat malaysia disana pun tak ramai,jdi nak jalan2 rumah siapa. bg arab klu raya haji lagi meriah dari raya aidilfitti..... klu di malaysia, lepas mayang raya mesti sibuk dgn kdatangan tetamu2.. itula keseronokkan raya di malaysia...

Friday, September 12, 2008

Selamat menyambut bulan ramadhan almubarak dan moga kita dapat menunaikan ibadat puasa dengan penuh keikhlasan…

Doa malaikat jibril menjelang ramadhan “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat muhammad, apabila sebelum memasuki bulan ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut : *tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada), *tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri, *tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka rusulullah pun mengatakan amin sebanyak 3kali, dapatkah kita bayangkan, yang berdoa itu adalah malaikat dan yang mengaminkan adalah rusulullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari jumaat. Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesahalan, baik yang tidak disengajakan atau mahu pun yang disengaja. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keikhlsan dan penuh penghayatan.
SELAMAT BERPUASA

Tuesday, July 29, 2008

Hari terakhir bersama abah…

Semasa hari terakhir bersama abah aku terasa seperti ada sesuatu yang tak menyenangkan dgn diri aku, aku jadi tak senang duduk,tidur pon tak lena rasa mcm sesuatu ada yang tak kena ja,rupanya ada yang akan berlaku. Pada hari terakhir bersama abah aku ada peperiksaan di jamiah(universiti),pagi tu aku tak dapat tidur kerana mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan petang nanti belum selesai. Aku lihat abah turun dari tingkat atas dgn penat,aku ingatkan biasa kerana sebelom ini pon abah penat juga selepas abah guna gas penat,insyallah lega tapi hari itu penat abah tak hilang juga,abah ajak aku ke hospital tapi aku ada peperiksaan hari tu.. aku kata dekat abah suruh ajak angah.. aku tengok abah makin teruk walaupun guna gas tpi tak hilang juga penat abah.. aku dah rasa mcm ada sesuatu yang tak kena… macam biasa aku keluar pergi periksa pada pukul 4 ptg,tapi aku rasa nak keluar awal petang tu,aku kuar dalam kul 3.30 ptg. Aku salam macam biasa la dengan mak abah, tapi ada kelainan sikit hari tu, macam ada sesuatu yang akan berlaku,tapi aku tak tau benda apa berlaku. Aku periksa madah(subjek) hadis hari tu. Aku mula periksa pukul 5 sampai kul 7 ptg. Aku sesalunya hari periksa aku takkan bawak handphone ke kelas takut diganggu masa menjawab periksa,tpi hari tu aku terasa untuk bawa handphone ke kelas,aku sudah letak dalam poket handphone aku tu,sebelum keluar rumah aku kata dalam hati malas lak nak hp,aku tinggal hp di tingkat bawah rumah. Masa peksa hat akui menjadi resah,macam ada sesuatu berlaku, jawapan tak timbul2,mata jadi mengantuk,hati rasa resah gelisah,aku buat tak hirau mungkin itu biasa. Masa balik dari peksa aku seperti biasa aku menggunakan pengankutan awam yang terdapat diSyria. Dalam perjalanan pulang ke rumah,aku akan melintasi sebuah hospital,aku selalu juga pandang hospital tu,tapi hari itu hati aku tertarik untuk memandang hospital itu dengan lebih lama dan aku lihat ramai kelibatnya pelajar2 malaysia yang sedang bersembang sesuatu disitu,hati aku ingin mengetahui apa yang berlaku, tapi aku masih lagi dalam pengangkutan awam tu,jauh lagi untuk sampai ke rumah,hati aku makin resah melihat gelagat2 orang yang bersembang di hosptal itu,aku menyenangkan hati ku dengan tidak menyimpan syak apa pon, mungkin ada orang sakit kot. Aku buat tak endah jala dgn hmpunan pelajar2 malaysia tu. Aku terfikir balik golongan yang berada di hospital tu adalah kawan2 angah dan kawan2 aku juga masa di Malaysia. Aku buat tak endah walaupun syak dah makin kuat dalam diri. Aku terus balik rumah. Dalam hati ku mengatakan orang lain sakit. Ketika dalam perjalan balik,aku terjumpa seorang kawan yang menumpang seketika dirumah aku,aku tanya dia “sapa yang ada dir umah”,dia tak tau sbb dia ketuk pintu rumah takda orang buka mungkin semua orang tido kot sbb tu takda orang buka pintu tapi aku faham sebaliknya,aku ingatkan dia dari rumah saja keluar jalan ka,aku pon rasa tenang sikit.rupanya dia dari masjid nak balik rumah tapi tak ada orang buka pintu untuknya,dia ingat semua orang tidur. Aku tolong buka pintu dkt kawan aku tu sebab aku mempunyai kunci rumah,ku bersegera pergi ke rumah yang kami sekeluarga sewa sementara,kami sekeluarga tinggal asing,takkan nak duduk dengan kami lak,sbb kami semua remaja2,takut mak dengan abah tak senang pula. Aku terus ke rumah kami yang sewa sementara,aku mengetuk pintu tapi tiada orang buka mungkin angah bawak jalan,aku masih lagi nak senangkan hati yang resah ini. Aku melangkahkan kaki ku berjalan pulang ke rumah aku yang asal untuk ambil hp yang aku tinggal sebelum sebelum pergi peksa tu untuk aku telefon angah dia dok mana. Rumah asal aku dengan rumah sewa sementara tu tak jauh pon,belakang rumah asal ja. Dalam perjalanan nak balik aku tengok kawan aku yang aku tolong bukakan pintu itu tadi lari kearah aku. Syak aku dah makin hampir ke 100% dah,dah rasa tak sedap hati. Kawan aku kata abah masuk hospital. Aku pon bergegas ke hospital tanpa tanya banyak,dalam perjalan ke hospital kawan lain pula telefon dengan manyuruh aku datang hospital segera,dia tak beritahu apa yang terjadi kapada ayah aku,kali ke3 telefon berbuny,iaitu panggilan dari angah,angah suruh datang hospital, angah kata abah dah tiada,mulut aku menjadi kaku dan kleu seperti ada gam yang banyak telah di letakkan di bibir aku. Aku hanya mengeluarkan kalimah “innalillah hiwainna ilaihi rajiun” . Dalam hati aku masih mengatakan angah melawak dengan aku. Walaupun begitu hati aku masih tak mempercayainya dengan fikiran aku sedang menafsir sesuatu dengan mengatakan takkan abah dah tinggal kami. Aku masih kata itu melawak ja. Aku terus ke hospital,semasa berjalan aku telefon abang sulong ku yang berada di mesir untuk memberitahu berita sedih,tiada kalimah lain yang diungkapkan kecuali “innalillah”. Apabila aku sudah tiba di kawasan hospital,aku mencari dimanakah kelibatnya pelajar2 malaysia yang aku lihat semasa diatas pengakutan awam tadi,aku berjalan mencari dari luar hospital sahaja kerana pintu utama untuk masuk dijaga dan tidak dibenarkan masuk kecuali orang tertentu,aku bergegas ke pintu lain yang berada di belakang hospital,semasa aku berjalan aku melihat kelibat pelajar2 malaysia yang aku lihat masa atas pengankutan awam tadi. Orang pertama yang aku cari adalah mak,aku terus mencapai mak. Masa itu baru aku yakin sepenuhnya kata abah dah meniggalkan kami selamanya. Aku lihat mak la orang yang paling kuat semangat,begitula salah satu ciri2 orang yang tahu dan yakin dengan aqidahnya dan mempercayai bahawa allah dan tetapkan qodo dan qadar,mungkin Allah lebih menyayangi abah dan ada hikmah disebalik setiap kejadian yang Allah jadikan itu. Sesungguhnya aku sudah tak terdaya menahan sedih,tapi kadang ketahanan sorang ramaja tak lama,dia akan mengalah juga akhirnya,walaupun tak banyak setitik dua keluar jugala air mata sbb kehilangan abah yang kami tak sempat nak bermanja lama. Aku terfikir kenapa dugaan ini berlaku dekat diri aku dimasa aku dalam menghadapi pepriksaan ini,dugaan periksa belum habis aku tempuhi kenapa dugaan yang lain pula engkau datangkan,tpi aku kautkan semangat,mungkin ada hikmahnya. Sedih rasanya sebab tak ada disisi abah masa abah menghembuskan nafas terakhirnya. Aku terfikir macam mana aku nak hadapi peperiksaan yang seterusnya ini,adakah aku berdaya untuk melawan perasaan sedih ni. Kuatkah aku? Itulah persoalan yang bermain difikiran aku sampai sekarang. Mayat abah di biarkan dihospital malam itu sbb tak boleh bawak keluar kerana musim panas takut mayat cepat berbau. Malam itu aku menemani mak balik rumah sewa sementara itu. Mak berasa sunyi duduk diRumah itu,mak mengajak aku pergi kerumah asal aku. Aku bawak mak ke rumah asal aku, sbb di situ ramai sikit orang mungkin leh hilang sikit kesunyian mak itu. Aku tanya mak macam mana abah meninggal? Mak kata,masa lepas aku keluar tu abah dah tak larat dah,penat di makin menjadi2, abah suruh angah tukar pam gas penat tu yang lebih tnggi,angah pon pergi ke Farmasi,tapi doktor Farmasi kata kena bawak abah sendiri kesitu,angah balik beritahu abah,abah kata dekat angah abah dah tak larat dah nak jalan,angah kata angah keluar cari ambil ambulans jala,angah kuar mencarinya sementara mak menemani abah,masa itu dah nak masuk asar,abah kata abah nak p sembahyang zohor, abah nak mayang awal tadi tapi abah tak larat nak bergerak,bergerak sikit nak penat. Apabila nak habis waktu zohor abah bangun juga pergi ke tandas untuk ambil air sembahyang,sebelum masuk tandas abah,azan asar berbunyi,abah menangis sebab terlepas sembahyang zohor. Salah satu sifat abah yang aku bangga menjadi anaknya adalah abah tak pernah tinggal sembahyang walaupun diamana saja, tal kira la atas kapal terbang sekali pun tetep sembahyang sebagai tanda menghormati waktu,itulah sikap abah yang paling aku kagumi sehingga sekarang setelah apa yang diceritakan oleh mak. Abah dah tak larat,mak tolong ambilkan air untuk abah ambil air sembahyang,abah kembali ke tempat asal dia tadi. Penat abah makin menjadi walaupun guna gas penat tapi tak juga hilang,abah kata kat mak abah nak mati dah ni,mak suruh abah mngucap sambil menggosok belakang abah. Selapas mengucap,tangan abah tetap lagi tak berputus asa mengepam gas penat abah tu,abah mula tak berdaya dah selepas mengucap tu. Masa itu mak beritahu abah dah tak sedar dah. Mak menjerit memanggil nama angah walaupun angah tiada disitu. Angah datang dengan teksi selapas itu kerana angah beritahu van ambulans takda.Itulah salah satu sifat pemalas dan sifat bodohnya orang2 arab,bayangkan gunting pun boleh tertinggal dalam perut pesaki.Macam mana perkara asas seperti van leh tiada padahal aku lihat setiap hari van ambulans bukan main banyak,masa di hospital tadi pun aku lihat van ambulans banyak,mcm mna dia kata leh tiada van. Sakit hati dengan perangai arab ni. Angah dan pemandu teksi mengangkat abah bawa masuk kedalam teksi. Mak beritahu masa tu abah dah tak sedarkan diri dah dan abah dibawa ke hospital terus. Doktor mengesahkan abah dah meninggal dunia.
Aku bersyukur kepada ALLAH kerana arwah senang apabila hendak menemui ajalnya dan ketika hendak dikebumikan,tiada masalah,dari mula abah menghembus nafas terakhrnya hingga dikebumikan. Abah meninggal pun dengan mudah,dikebumikan dengan cepat. Selepas mandikan arwah abah dan dikafankan,disitu juga la kami pakat2 cium abah buat kali terakhir dan jenazah abah terus dibawa ketanah perkuburan,disembahyang pon didalam kawasan kubur,dibawah panas mentari tanpa ada sebarang bumbung atau pelapit. Selesainya sembahyang jenazah terus diangkat untuk dikebumikan.
Aku bersyukur juga kerana arwah abah sempat berjumpa kesemua anak2nya sebelum dia pergi buat selamanya,kami sempat bersama sekeluarga diMesir,emak dan arwah abah dari Malaysia ke Mesir dan aku dengan angah dari Syria ke Mesir, semua berkumpul di Mesir kerana abang sulung ku akan tamat pengajiannya di Mesir tahun ni,arwah abah nak ziarah Mesir sebelum abang sulung balik. Kami sudah lama tidak besama sejak beberapa tahun bermula dari thn 2004 apabila semua dah mula smbung belajar. Tahun terakhir abah ini lah kami berkumpul bersama. Abah juga telah menunaikan tanggungjwabnya dengan menghantar anak2nya ke bidang agama supaya dia mati nanti anak2nya leh mengimamkan jenazahnya, boleh menjadi ketua dalam bacaan tahlil untuknya,dan sebagainya,semua itu telah dicapai oleh abah,kerana anaknya sendiri mengimamkan jenazahnya,anaknya juga yang mengutuai bacaan tahlil untuknya,takda apa yang boleh ditinggalkan dan diharapkan kecuali anak2 yang soleh dan anak2 yang boleh mendoakan untuknya ketka dia sudah tiada. Selain itu abah juga telah meninggal dan disemadikan di syria iaitu bumi yang penuh dgn berkat dan disemadikan dibumi yang penuh dgn maqam para nabi,sahabat,ulama’ dan golongan orang yang syhid. Bukanlah peluang ini akan dapat oleh semua orang.
Ya ALLAH,
Engkau ampunilah dosa ayah ku,
engkau cucurilah roh ayah aku
engkau jauhkan lah dia dari azab api neraka mu,
engkau masukkanlah dia dalam syurga mu
engkau satu kanlah dia bersama orang yang soleh, orang yang beriman, dan orang2 yang engkau redoe,
engkau letaklah dia bersama orang yang syahid dan orang yang memperjuangkan agama mu,
amin ya robbal aalamin…

Thursday, July 17, 2008

alfatihah...

alfatihah buat arwah abah yang meninggalkan kami ari selasa baru ni..
abah meninggal sebelm asar disyria dan ditanam disini...
semoga roh abah dicucuri rahmat oleh allah,,,,...
alfatihah...

Wednesday, June 25, 2008

jalan2 mesir..

lama tak update sbb tak tau nak tulis apa.. peksa baru ja habis tpi bukan habis terus sbb ada pusingan yang kedua pulak lepas... kira tak leh nak reht lagi la... tpi dalam takda rehat ni pon dapt juga jalan2 kemesir... seronok juga tu...
mencari ketenangan sebelom periksa pisingan kedua..
tkut juga rasanya...
doakan ku semoha selamat sampai dan selamt pulang ke syam...
semoga dapat menjawab peperiksaan pusingan kedua dgn lebih baik. dan lulus kesemua pelajran...

Monday, May 5, 2008

nak peksa..

semua kawan2 blogger.. ku mohon maaf klu ada buat salah dkt kamu semua... tiada siapa yang tak pernah buat salah didunia ini.. doa kan kejayaan kami disini...
kepada semua kawan ku.. selamat hadapi periksaan... moga kita semua berjaya dgn cemerlang...
allah hummafta alaina... ya rob,....
ya allah permudah kan kami dalam menghadapi peperiksaan in ya allah....

Saturday, April 26, 2008


hari terakhir ku mendengar bacaan hadis... sebab juga rasanya nak meniggalkan kelas tu.. tpi nak buat mcm mna dah kelas tu dah abih.. mula2 la rasa boring tpi bila dah nak abih rasa seronok lak nak tingaggalkn,,...

shaikh sedang membaca hadis

ramai juga yang datang pada ari terakhir ni sehinggakan takda tempat nak duduk dalam masjid tu.. terpaksa berimpit... dah la arab ni ada macam2 bau.. mmg allah menduga bg sesiapa yang menuntut ilmunya.. adakah kita tahan dgn dugaannya atau tidak...



khusyuk mendengar


selapas habis kelas tu.. kami minta bergambar dgn shaikh... bukan senang nak dapat tangkap gambar ngan shaikh selama ni... kali pertama la kiranya... selapas bergambar ngan shaikh.. ngan kawan2 pon bergambar ja.. sebelum berpisah la katakan...



bergambar dgn shaikh naim ....

bergambar dgn kenalan2 arab dari luar dimasq....

kawan2 senegara yang mengikuti pengajian itu...

tuntutlah ilmu selagi ada keupayaan... sebelum menyesal di belakang hari... jgn sia2kan masa terluang... penuhilah dgn benda yang berfaedah...

Thursday, April 17, 2008

tak tau nak update pa dah...

Ibnu Asahir r.a. meriwayatkan Nabi s.a.w. bersabda; "Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan bekerjalah untuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari." - Sahih Muslim

Wednesday, March 26, 2008

tekanan....

masa dah nak dkt periksa.. tekanan nak baca buku semakin dirasakan.. tambahan pula apabila ada gangguan yang boleh menyebabkan rasa tak selesa nak ulang kaji.. pening juga rasanya.. bg ku baca sorang lagi senang tpi kenapa benda tu tak terjadi.. banyak pula gangguan pada ku masa nak periksa.. apa la aku nak buat ni... tekanan apa yang dimaksudkan biar la diri ini sahaja yang tahu.. macam mana la nak bg hilang tekanan ini.... pening juga nak difikirkan....

kepada kawan2 doakan kejayaan kami disini.. semoga doa kawan2 akan dimaqbulkan.....

Wednesday, March 12, 2008

jadual peksa dah kuar.. seram...


jadual periksa bagi sesi 07/08 dah kuar bg sesetengah U... mula la rasa tkut... ya allah kuatkan la semangat hamba mu ini untuk menempuhi peperiksaan ini... quran pon ada yang tak hafal lagi... takut nya rasa.. hanya tuhan saja yang tahu....

disini juga baru ini heboh tentang keputusan pilihan raya di tanah air.. sehinggakn arab pon tahu... malam keputusan pilihan raya kami dia sini sesetengah pelajar ada pengajian bersama pengajar disini.. aku menghadiri kelas tu.. aku melihat ramai juga rakyat msia yang tak tumpukan perhatian kerana melihat hp saja untuk menantikan keputusan.... kira dahsyat juga la kat luar dari msia ni.... satu berita sampai kat hp kawan.. kan sampai la juga kat telinga kawan atau rakyat malaysia yang sedang mengaji itu.... kira berita tu serentak la. kat msia umum kat sini pon sampai la... masing2 letak hp kat depannya kerana sedang menunggu keputusan... kami bersyukur kerana ada perubahan kat msia.. moga islam akan terus membangun dimsia....



khusyuk mendengar....

Monday, March 3, 2008

lawak sikit ....

satu malam tiba2 karen terputus.. aku dan kawan2 ada dkt tingkat atas... semasa karen takda tu kami semua pakat2 kata kat ara la.. macam mna nak maju, asyik takda elektrik ja... sakit hati kami... dah nak dkt sejam takda elektrik, pastu dalam bersembang tiba2 ada sorang kawan kata lapar pastu kawan lain kata hang p ambik periuk sbb kat bilik kami sembang tu ada roti... pastu kawan tu pon turun... tiba2 leketrik kmbali... bersyukur kami.. kawan yang turun tadi naik kembali... dia berkata " nasib baik aku turun ambil periuk ni... klu tak sampai esok la takda elektri... sbb bukan terputus tapi suiz dia tertndang..... dkt bawah umah ada elektrik.. kat tingkat atas ja takda...." tak pasai arab kena kata ngan kami mcm tu ja....

Thursday, February 14, 2008

hari lahir angah... dan usb hilang....



pada 9 hb 2 2008 baru ini... kami menyambut hari lahir abangku... rasanya ada juga yang mengenali abangku ini... kami sambut dgn memakan kek.. sedap juga kek tu.. tpi kek tu kawan ku beli secara kebetulan ja... sorang sahabat ku teringin makan kek.. dia pon beli la.. kira tak tau pon ari lahir abangku ni... sekali aku gtau dia yang ari ni ari lahir abang ku... kira kebetulan la,,,,.....seronok juga malamtu...

p/s selamat hari lahir angah (hakim dirani) semoga panjang umur dah murah rezeki...


berita sedih... aku kehilangan usb kesayangan ku... dah la aku jenis payah nak beli.. pasti hilang pula.,... nak buat macam mna dah bukan rezeki... munkin ada hikmahnya....

Saturday, February 9, 2008

Peperiksaan….



rajin2 lah membaca....


Dah lama juga tak update blog ni… nampak mcam dah bersawang dah tpi bukan dkt kat blog aku ni tp dkt cc ni…. Takda kena mengena pon.. saja jer…
Nak update tp malas nak menaip… biasa la sebok… tpi tak tau la sebok apa… sebok tunggu bas nak ke kelas kot atau sebok tgk awek2 arab ni…
Rasa cepat sungguh masa belalu… kedua tahun baru dah dilalui.. adakah ada perubahan pada diri aku selepas… “barang siapa dapat mengubah diri kearah lebih baik dari kelmarin maka untunglah dia”… sedar tak sedar aku dah nak hampir dgn peperiksaan.. walaupon ada sesetgh orang mengatakan lambat lagi bg aku sudah hampir… kerana tinggal 3 bulan sahaja lagi untuk periksa.. mula la susah hati.. tp insyallah allah aku akan baut yang terbaik…
Nak baca satu kitab tu bukan sikit… kadang sampai 300 muka surat… tu baru satu subjek.. ni ada 17 subjek… peningnya kepala… rasanya 3 bulan tu tak cukup pulak… tpi nak buat macam mana dah adat dalam belajar.. klu nak senang ja baik dok darjah satu ja… tul tak? Itu lah hakikat bg seorang pelajar… Aku ingat kata2 allah yarham ustaz syari ishak “ kita belajar bukan kerana periksa… belajar kerana ilmu” itulah kata2 yang aku pegang selama ini…. Semoga allah merahmatinya…
Aku tgk kawan2 lain yang sedang periksa sekarang sampai tak kuar rumah… membaca ja… takpa la otak depa jenis A… hafal senang masuk… kira hampir kesemua kawan ku baca buku malam periksa.. depa kata baca malam periksa senang masuk lagi dari baca awal.. tp itu pendapat depa.. tul tak.. bg aku persedian awal tu lagi penting.. nanti takut tertekan terputus lak satu wayer terus takleh buat apa… itu baru senang…
p/s kepada semua yang dah lepas periksa, selamat tenangkan fikiran tpi jgn ganggu orang lak..
kepada yang tgh periksa, selamat menjawab periksa dgn penoh yakin..
kepada yang akan menghadapi periksa pula, selamat membaca buku tpi jgn salah
baca buku pulak…
kepada semua insan yang bergelar manusia, selamat maju jaya…

Thursday, January 24, 2008

main salji depan rumah.....

baru2 ini di damascus turun salji.... seronoknya... kira kami tak yah pergi jauh la nak bermain salji... main depan umah ja...
jgn la tarik bag snow man tu...

sejuknya......
dihalaman rumah... tiba2 ja turun salji...
buat snow man dihalaman rumah.....