Saturday, December 29, 2007

alfateha.....

Perginya seorang guru bahasa arab ke rahmatullah awal pagi tadi....
beliau adalah ustaz sya'ri bin ishak...
semoga tuhan mencucuri rahmat keatasnya...
alfatehah....

Tuesday, December 18, 2007

hari raya aidil adha....

selamat hari raya aidil adha buat kawan2 ku semua... semoga kita DAPAT MENGHAYATI ERTI PENGORBANAN YANG SEBENAR...

Saturday, December 8, 2007

geli.....

binatang paling aku geli ialah tikus... balik kelas baru ni... ada seekor tikus masuk bilik kawan aku... besar juga tikus tu.. gelinya aku tgk... nak tolong tangkap tp geli... aku beranikan diri untuk tangkap tikus itu.... dirumah ku tu hanya sorang dua ja yang berani ngan tikus... banyak juga yang takut... termasuk aku... bukan takut tp geli... aku terpaksa tolong juga la tkt tikus itu lagi mengganas.. lagi susah... aku hanya tolong lihat saja... kawan yang lain yang tolong pukul.... dah la geli busk pulak tu... tu yang tak menyenangka tu... dah la makan akut suka hati dia.. yang lawaknya... ingtkan aku sorang ja tkt tp ada sahabt aku lagi takut... kira leh jadi sahabt baik la.. sama2 takut...

Sunday, November 18, 2007

pening...

lama tak update... letih rasanya lepas kelas nak mai.. sbb tak tau nak tulis apa.. apa yang nak ditulis yer????? kelmarin aku p hantar kawin balik malaysia, mungkin tak mai dah... semasa di lampangan terbang aku jumpa ramai syaikh2... nak salam dgn depa ramai sangat orang jadi aku simpan jala niat aku tu... balik dari hantar kawan letih sangat sampai nak jalan pon trak larat... jadi balik tidor ja la... itu jala yang larat nak tulis.... moga jumpa lagi semua kawan2....
saya doakan moga sihat sihat selalu..........

Friday, November 2, 2007

start belajar...

selepas ini akan mula persekolahan ku bagi sesi 07/08... akan sibok lah aku dgn pembelajaran...
mungkin lambat pula la nak update aku punya blog ni.....
buat kawan2 semua doakan kejayaan kami semua...
semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat...

Thursday, October 25, 2007

Perangai arab…



berdoalah..


Sejak kebelakangan ni aku begitu geram dgn arab.. tak tahulah kenapa.. mereka seakan hendak mencari pasal dgn pelajar melayu….
Baru2 ini seorang pelajar sini dihantar pulang tanpa alsan yang kukuh.. selang beberapa hari seorang lagi pelajar perempuan sini dihantar pulang… kenapakah mereka ni terlalu membenci pelajar2 agama… sedangkan mereka perpegang pada agama.. mereka ini hanya nama saja islam tp perangai tak serupa islam… seorang sahabat rumah ku kehilangan passport di imegresen sini… masih belum selesai lagi kes tu timbul kes lain pulak yang membabitkan pelajar kita… tak tahu la kes apa pulak… seorang kawan saya yang kehilangan passport tu pergi ke imegresen kembali semasa hendak pulak dia lihat ada pelajar Malaysia kena tangkap lagi.. tak sempat nak sembang… perkara mcm ni boleh membuatkan ramai pelajar benci pada arab… napa lah mereka ini bodoh sangat….
Satu perkara yang tak dapat saya lupakan ialah kata kawan saya, dia menceritakan bahawa arab yang bekerja di lampangan terbang memarahi seorang pelajar asing dgn berkata “ kami lebih rela masukkan pelacur dari pelajar” …. Geramnya hati kami disini hanya tuhan saja yang tahu.. kami hanya boleh berdoa sahaja moga dipermudahkan untuk menuntut ilmu…


ya allah bantulah hambunya yang sedang dalam kesusahan ini...


Wednesday, October 17, 2007

suasana hari raya disyria...





selamat hari raya buat semua rakan rakan blogger.. selepas berpuasa selama sebulan tiba la pulak hari raya..
disini suasana hari rayanya lain dari malaysia.. maklumla di rantauan... selepas menunai sunat aidil fitri pergila ziarah umah kawan2... tak larat la nak lawat semua rumah.. mana yang larat ja yang pergi...
pada hari keduanya pulak.. ada rumah terbuka di pejabat kedutaan.. ramai la yang hadir... dalam perjalanan ke pejabat duta, aku dan kawan pakai la baju melayu... ada arab gelak... memang tak patut... nasib kami tak pakai sampin.. kalau tak arab ingat kami pakai skert pulak.. lagi malu nanti... sampai di pejabat duta ramai la orang melayu yang sedang memperagakan baju melayu mereka.. ada yang cantik dan ada yang menawan... banyak makanan yang disediakan... laksa , sate, nasi himpit, nasi dagang, dan banyak lagi.....



jemutla makan......


sedapnya....


selepas selesai pi pejabat duta kami terus balik sebab kenyang sangat.... sampai termengah-mengah... sambil makan sambil tengok persembahan.....


tengah nyanyi lagu raya....

keesokkan harinya kami pula buat rumah terbuka... ramai juga yang datang...banyaknya kasut....

masak nasi lemak ja... kami jemput orang melayu ja.. sebab arab tak makan pedas... memang letih kalau bt rumah terbuka... bermula dari selepas asar sampai kul 1.30 malam... orang terakhir datang adalah presiden PPMS... selepas selesai ku terpikir.... esok dah mula kelas larat ka tak nak pi kelas... kuatkan semanagat kena pi juga..... esok hari pertama start kelas.....

p/s kepada kawan ku yang nakmula kelas dah.. selamat belajar dan semoga berjaya selalu...




Sunday, October 7, 2007

hampir di penghujungnya....


bulan ramadhan sudah hampir di penghujungnya...
sungguh aku tak dapat lupakan kenangan bersama ramadhan yang akan meninggalkan kita tak lama lagi...
dugaannya yang begitu ku terasa dan memberi seribu kenangan buatku..
antara dugaan dibulan puasa ini..
hp ku rosak, line bermasalah, sakit hati dkt arab,sakit gigi... dan banyak lagi sehingga tak tersebut dalam ni...
sememang bulan puasa ini bulan dugaan........
tp ku terimanya dgn hati yang tenang.. mungkin ada hikmah disebaliknya....
ikhlaskan hati untuk menerima dugaan.....
selamat berhari raya.... maaf zahir dan batin...
di malaysia ada gagak....
di sini ada penari...
ucapan dkt entri pon ok gak...
selamat hari raya aidil fitri....
maaf pantun tak sedap... saja ja..... maaf zahir batin....

Saturday, September 29, 2007

Agihan…


Suatu hari sedang ku berjalan balik dari cc ku lihat ramainya orang yang berhimpun dihadapan tu,, ku tertanya kawan sebelah.. depa dok buat apa tu… kawan beritahu ku depa sedang berhimpun untuk mengambil tabarru’ makanan (ambil derma makanan untuk berpuka puasa) … kurasakan begitu seronok melihat orang berpuasa burkumpul untuk mengambliknya… ku rasakan kesemuanya mesti berpuasa kalau tak napa depa nak pi ambilkan… sehinggakkan ku melihat seorang permuda berpakain kotor pi ambik juga.. berkata dalam hati ku.. bagusnya permuda ini.. walaupun kebersihan dirinya tak jaga tapi dia msih menunaikan kewajipan sebagai hamba allah.. ku melihat pemuda itu lagi dgn membawa barang makanan untuk juadah berbuka itu masuk ke sebuah taman.. ku fakir mungkin dia hendak berbuka dalam taman itu kot… tenang hati ku melihat pemuda itu… ku alihkan pandangan ku kepada pemuda lain pulak yang sedang memerhati makanan itu . mungkin dia tgh Manahan laparnya… ku pandang orang disebelahnya pula… terkejutnya ku apabila ku lihat pemuda yang berada dihadapnya itu makan juadah yang diberikan tadi.. ku ingat sudah waktu berbuka.. ku Tanya kawanku sekarang pukul berapa. Dia kata pukul 6.30 petang.. masih ada sejam lagi untuk berbuka.. masyallah rupanya dia tak posa… pergi ambil makanan untuk berbuka tanpa seganwalaupun dia tau dia tak berpuasa.. sedangkan ramai lagi orang berpuasa sedang menunggu giiliran untuk mendapat juadah itu.. kenapa kah ada juga manusia seperti itu dibumi anbia ini… depa ni tak tau ka perbuatan depa memalukan kaum depa.. dah la tak posa makan di khalayak ramai pulak.. kalau dah tak posa hormatilah orang yang puasa …
p/s Suatu benda yang baik tak semestinya semua baik.. benda yang beruk tak semestinya semuanya buruk… bersama kita menghayatinya… selamat berpuasa…. dan selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin... كل عام وأنتم بخير

Friday, September 21, 2007

Selepas beberapa hari berpuasa…

Siang kita berpuasa malamnya pula menuanaikan sunat tarawihk.. menjadi kebiasaan bg orang sini sunat terawihk sehingga penuh masjid… kanak2, orang tua2, peniaga2, pamandu2 teksi dan bas bermasa menunaikan sunnat terawihk walaupon mereka melakukan 8 rakaat sahaja… telah tertanam dalam diri mereka untuk menunaikan ibadah tersebut… jikalau terlamabt sahaja pergi ke masjid maka terpaksa la berhimpit menunaikannya.. kerana masjid disini sentiasa penuh… ada sebuah masjid atau mungkin kebanyaakan masjid disini membaca satu muka alquran satu rakaat trawikh dan apabila selesai 20 rokaat maka selesailah satu juzu’ alquran, apa yang mengagumkan saya apabila saya melihat seorang kanak2 lingkungan 7 thn bersembahyang terawihk dgn memegang alquran… kiranya dia membaca sekali dgn imam sewaktu imam membaca surah selepas fatehah…oleh itu selesainya bulan ramadhan ini maka dia telah mengkhatam alquran sekali… terasa rendah kalau nak dibandingkan dgn kanak2 itu apabila dia boleh menghabiskan 20 rakaat terawikh dan satu juzu’ dari alquran sedangkan dia baru berusia 7 thn…adakah masa aku kecil dahulu aku melakukan benda yang sama… terfikir sejenak. kenapakah semasa dimalaysia dahulu ku tak pernah nampak kanak yang segini rupa… walaupun ekonomi mereka kurang tpi dari segi ketqwaan mereka lebih tinggi dari kita… walaupon dalam hidup mereka (bukan semua arab) suka menipu dan sebagainya tetapi apabila disebut selawat ke atas nabi mereka kan berselawat dgn penuh keikhlasan… mereka ini berpegang kuat dgn alquran dan sunnah… apa yang tak leh nak diubahkan ialah tabiat mereka itu segelintirnya tak pandai menjaga kebersihan…

Selamat berpuasa..
buatlah sesuatu dgn penuh keikhlasan
Semoga nanti diberikan sebaik2 pembalasan…


Buat ibuku, ku ucapkan selamat hari lahir yang ke 51 thn… moga dipanjangkan umur dan diselamtkan didunia dan akhirat… apa yang ku hendak beritahu ibuku kami anak2nya sayangkan mak… selamat hari lahir mak…

Saturday, September 15, 2007

Bulan puasa yang penuh cabaran dan dugaan

Tibalah sekarang yang bulan yang mengajar kita erti kesabaran yang sebenar iaitu bulan ramadhan…bulan ini juga untuk kita mendekatkan diri kita dgn allah SWT… dgn menahan lapar disiang hari dan melakukan ibadah terawikh dimalam harinya..

عن رسول الله صلى الله عليه وسلم

الََلهمَّ إني لك صمتُ وبك آمنتُ ولك أسلمتُ،وعليك توكّلتُ وعلى رزقك أفطرت،ذهب الظَّمأ وابتلَّت العُروقُ وثبت الأجرُ إن شاء الله يا واسعَ المغفرة اغفرلي اللهم أعنَّا على الصيام والقيام وغضِّ البصر وحفظ اللِّسان وصلى الله على سيدنا محمد وآله وصحبه وسل
م


Dugaan dan cabaran kami disini selain menahan lapas ialah masalah bekalan air yang tak mencukupi… hari pertama kami menempuhi cabaran bulan puasa ialah. kami terpaksa membeli makanan diluar akibat ketiadaan air yang menyebabkan kami tidah boleh memasak untuk berbuka… hampir sehari la takda air… dugaan hari pertama berpuasa telah menyabarkan kami dgn kesabaran yang sebenarnya…. Pada hari kedua puasa kami mengabil iktibar dari hari kelmarin dgn menadah air lebih supaya bekalan air mencukupi untuk memasak berbuka puasa… kalau asyik membeli makan dkt luar nanti jawapannya hari lain berbuka dgn kurma ja la…. . kepada kawan semua selamat menuanikan ibadah puasa dgn hati yang tenag lagi terbuka… kesusahan didunia kegembiraan di akhirat…

Sunday, September 9, 2007

Mula pembelajaran dan mula berpuasa…

Pada 9 hb 9 ni akan bermula la persekolahan bg sestengah ma’ahad…. Maka aku terfikir masa bermain dan bercuti ku sudah tamat.. sekarng tiba masa untuk belajar pula… ku berazam untuk belajar lebih tekun dari thn lepas kerana bertuah la bg seseorang itu jikalau lebih baik dari hari yang terdahulu…. Mungkin selepas ini aku akan sibuk juga untuk sentiasa update blog ku ni kerana pelajaran menyebokkan ku untuk belajar lebih tekun lagi supaya kejayaan yang cemerlang menanti ku suatu hari nanti…. Ku taknak menjadi seorang yang rugi dimasa hadapan kerana tidak pulun bersungguh…. Mngkin masa bermain ku berehat seketika apabila datangnya masa persekolahan… masa bermain boleh dating kembali tp kalau masa belajar terlepas rugi selamanya kerana apa yang diajar hari ini takkan mungkin diulang 2 kali… kalau masa bermain bila2 pon boleh… ku taknak menghampakan harapan kedua2 ibu bapa ku dan saudara mara ku yang menaruh kepercayaan kpd ku dan abang2 ku dgn menghantarku kesini untuk menuntut ilmu…. Ku takkan siakan pengorbanan mereka selama ini… mungkin semasa dimalaysia ku banyak buat silap dgn tidak pulun bersungguh… tp sekarang ini penyesalan itu kujadikan sebagai penguat bg diri ku untuk belajar dgn lebih tekun supaya suatu hari nanti ku dapat berjasa dan dapat membalas budi baik kedua ibu bapa ku ynag berkorbaon untuk ku selama ini….
Ku harapkan kawan2 tak kira dimana saja berada, doakan lah kami yang sedang menuntut ilmu ini berjaya dgn cemerlang dan balik nanti boleh berbakti pada agama Negara dan bangsa….. itu yang kuharapakan dari doa sahabat sekelian….


Usaha itu kunci kejayaan…”





Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa… bulan yang penuh berkat dan maghfirah ini akan tiba tak lama lagi..



marilah kita memperbanyakkan ibadah dan amalan kita pada bulan ini, memperbanyakkan doa kepada ALLAH, berZIKIR,membaca ayat suci AL QURAN dan sebagainya.… bulan ini juga banyak mengajar kita erti kesabaran yang sebenar… kepada blogger semua saya ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa….




Saturday, September 1, 2007

Hari pendaftaan…


2 hb 9 2007… pandaftaran bg maahad fatah islami qism takhasus akan diakan…. Mungkin ramai orang akan mendaftaran… adakh aku akan dapat masuk ke sana… doakan kan ku moga dapat masuk ke takhassus itu untuk sambung pelajaran ku…. Kerisauan mula timbul apabila salah satu kuliah yang pelajar ramai menumpu untuk memasukinya telah ditutup untuk ajanib( pelajar asing)….. mungkin mereka akan akan datang beramai2 untuk mendaftar di takhassua pula selepas ini… mungkin peluang untuk masuk tu agak kurang sedekit akibat ramainya yang akan masuk kesitu nanti…. Kuliah yang telah ditutup itu adalah kuliah SYARIAH di MUJAMMA’ SHAIKH AHMAD KIFTARO (abu nur) dan mereka telah membuka kuliah baru untuk orang Syria sahaja iaitu kuliah SYARIAH WAL QONUN….. esok lah hari penentu segalanya…. Doakan ku Berjaya untuk memasukinya… doa dari sahabat dan keluarga la yang ku harapkan selain dari diri sendiri untuk ku Berjaya dalam hidup dan dalam pelajaran….
Semoga ku dapat masuk dan Berjaya setiap tahun dgn cemerlang…. Amin…..

من جدا وجدا

Wednesday, August 29, 2007

Majlis perayaan jubli emas malam kemerdekaan Malaysia yang kali 50

iklan yang dikeluarkan.....
Iklan sambutan hari kemerdekaan ini telah diedarkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berada di Syria ini… perayaan ini akan diadakan pada 31 OGOS 2007 bersamaan 18 SYAABAN 1428 (jumaat) bertempat di Dewan Kuliah Handasah Jamiah Dimasyq…. Sambutan ini kan dirasmikan oleh T.Y.T Dato’ Zainudin b. yahya Duta Besar Malaysia ke Syria…. Perayaan ini dianjur oleh PPMS dan Kedutaan Besar Malaysia Dimasyq…. Semua rakyat Malaysia dan ahli PPMS di jemput hadir....

Sunday, August 26, 2007

Kenapa perangai arab ni…….

penantian yang tak kesampaian.....

Hari jumaat yang lalu… seorang ustaz dan pelajarnya datan kesini…. Tibanya di lampangan terbang ustaz dan pelajrnya ditahan oleh pegawai imegresen di situ.. mereka menahan ustaz dan pelajarnya itu tanpa sebarang sebab kukuh… ikut suka hati mereka ja nak tahan orang.. alasan mereka tahan ustaz itu adalah mereka mengatakan ustaz itu pernah belajar disini… napa itu dijadikan alasan sedangkan benda itu dah lama berlalu.. terasa kecewa ngan sikap arab sebegitu.. sebab itulah nabi diturunkan dikalangan arab sebab mereka ni begitu jahil sangat… bilakah Negara dan orang arab ni nak pegang pada nizomnya (peraturan)… sebelum ini ada kawan saya cerita da seorang pelajar indonesia yang ditahan dan bergaduh lagi dgn arab sini sehingga ditahan lebih lama lagi… salah seorang arab itu telah berkata kepada pelajar Indonesia itu “kami lebih rela mesukkan ke negara kami *……. dari pelajar” …
kami disini mengharapkan semoga ustaz dan anak muridnya kuat semangat dan menganggap ini dugaan untuk belajar… mereka ditahan di lampangan terbang hampir 2 hari tanpa boleh kuar sebelum dihantar balik kemalaysia… para pelajar disini terpaksa menungu dilampangan terbang 2 hari berturut2 silih berganti takut ada apa2 berlaku…
Kami berharap kepada pelajar itu semua moga jangan berputus asa untuk datang kembali dan jgn patah semangat untuk belajar… saya doakan juga moga mereka selamat sampai ke Malaysia… dan moga allah merubah perangai orang arab sini supaya lebih berpegang pada nizom mereka… aminnnnn…

Tanda * perkataan kurang elok...

Tuesday, August 21, 2007

Hari keluarga PPMS..




Hari sabtu dan ahad baru ni persatuan pelajar2 malaysia telah mengadakan hari keluarga … hari keluarga tersebut diadakan di masbah jannatul ghuttah yang terletak luar dari Bandar damascus… memang menyeronokkan… hilang sedikit rindu Malaysia apabila dapat berkumpul beramai-ramai pada hari keluarga itu… sekali sekala berkumpul, bergurau senda, borak2 sambil menjamah makanan dari malaysia… disana juga banyak banyak aktiviti yang dilakukan seperti sukaneka dah sebagainya… antara sukaneka yang telah diadakan ialah tarik tali dalam air.......



bola air dan banyk lagi..



.. bayaran pendaftaran hanya 5 lera (30 sen) sungguh menyeronokkan seehingga tak rasa seperti di Syria…. Hampir 60 orang pelajar dapat hadir ke hari keluarga itu… hari keluarga PPMS itu berakhir pada hari ahad selepas asar… itulah pengalaman yang paling menyeronookan apabila dapat berkumpul beramai2…

Monday, August 13, 2007


hari lahirku akan tiba tak lama lagi... ku harapkan kudapat berubah kearah yang lebih baik dan lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan.... semoga allah permudahkanku dalam menuntut ilmu di bumi anbia ini dan diberikan kekuatan dalm menempuhi ujian yang mendatang dgn hati yang tenang.... semoga dgn umurku yang dah meningkat dewasa ini ku dapat belajar erti kehidupan yang sebenar....

Friday, August 10, 2007

nama sapa tu....

nama sapa tu....
Tulisan yang buruk tapi memberi seribu makna kerana ditulis dgn usaha sendiri..
Hargai dan bersyukurlah setiap apa yang kita ada kerana tak mungkin dalam sekelip mata dia boleh menarik balik apa yang diberikan…

Monday, August 6, 2007

mesir ke syria

Pengalaman hidup yang tak dapat ku lupakan semasa berada di perantauan..... satu perjalanan yang penuh dugaan yang ku rasa itu adalah dugaan ALLAH kepada setiap hambanya untuk menguji kesabaran dan ketabahan dalam mencari atau menuntut ilmunya...

Pengalaman ini berlaku semasa dibulan puasa tahun lepas dan semasa dalam perjalan dari kaherah ke syam (ibu negara syria) itulah banyak dugaan yang berlaku.kami datnag ke kaherah kerana ada sebab yang tak dapat di elakkan,selapas lama di kaherah Kami berfikir untuk hendak pulang ke syam untuk menyambung balik perbelajaran kami yang sudah terhenti begitu lama....
Kami pilang dari kaherah ke syam menggunakan jalan darat.... kerana kalau menggunakan kapal terbanag tiketnya begitu mahal jd kami bercadang mengunakan jalan darat ja. Kami mengambil bas dari kaherah dalam pukul 12 am, kami bertolak dari sana dengan iringan doa untuk keselamatan kami dalam perjalan... semasa dalam perjalana dari keherah ke kapal (lupa nama tempatnya apa) mengambil masa begitu lama juga kira bertolak malam pagi dalam kul 6 baru sampai... bersahur pun tunggang langgang la jawabnya...
Kami sampai di kapal pukul dalam kul 9 pagi... kami berehat seketika di tempat menuggu kerana letih berada lama didalam bas tadi... seorang kawan ku pergi mencari tiket kapal untuk menyebrangi laut dari mesir ke jorden... selepas seketika kawan yang mencari tiket tadi pon datang kembali dan memberitahu kami tiket pukul 2 satgi... kami pon menunggu dgn kesabaran sebelum dapat naik kapal, selapas kami mendapat cop untuk keluar dari mesir kami dah terlepas dari satu dugaan..dari tempat menunggu ke kapal kena naik bas lak yang mengambil masa dalam 5 minit.. tepat pukul 2.30 satu bas untuk membawa penumpang ke kepal datang tetapi masalahnya bas itu untuk sapa yang beli tiket bot laju.. mungkin itu bukan bot kami lagi kot.. dalm masa 30 minit datang sebuah bas lagi dia ajak kami naik sekali kami pon naik la tp tak semua dari kami dapat naik bas tu kerana dah penuh... hanya kau dan kawn ku berapa orang ja sempat naik... ku berfikir mungkin dia akan datang balik untuk mengabil kawan ku pulak.. sampai dikapal ku dan kawanku dipereksa tiba2 ku dapati pasport kawanku ada dkt aku, ku lupa yang dia menyuruh ku pegangkan pasportnya kerana dia terpaksa mengangkat bag yang banyak semasa hendak naik bas tadi... orang kapal kata kepada saya awak kena tunggu kawan awak tu dulu dan awak tak boleh naik kapal lagi.. saya pon turun la dari kapal kerana terpaksa mengunggu kawan saya dulu, kawan yang yang sempat naik bas ngan saya tadi dudah naik kapal mereka kata kat saya yang satgi kawan yang lain tu sampai kot... saya turun dgn perasaan kecewa kerana tak dapat naik kapal lagi..turun ja dari kapal saya lihat kapal yang sepatutnya saya naik tadi tiba dah nak bertolak..ku berkata dalam hati” aduh mampus aku apa aku nak buat ni kawan yang lain tak sampai lagi kepal dah bertolak”..tiba2 kawan ku tel memberitahu ku suruh datng balik ke tempat menunggu tadi..aku nak p mcm mna kerana aku tak tau jalan, masa naik bas hndak ke kapal tadi tu tak tgk luar. Mau tak mau kena p kat kawan2 ku juga, kena pandai buat pala sendiri la, berjalan la dgn perasaan kecewa kerana tak dpt naik kapal lagi ..aku ni dah la tak tau jalan nak balik kat kawan ku tadi, jaln juga la, dalam perjalan tu tgk tempat apa ni tak mcm tempat tadi pun.. sesat rupanya, ku berpatah balik menggunakan jalan lain ku tgk ada kawan ku tak sempat naik tadi melambai tgn sbgai tanda isyarat yang mereka ada disitu, kekecewaan tadi terubat dgn kegembiraan kerana ku dah berjumpa ngan kawan ku balik... kawan yang pasportnya ada kat aku tadi berkata “nasib baik hang tak naik kapal lagi kalau tak aku pakai takleh p mna la sbb pasport takda” aku kata kat dia takpa la mungkin ini ada hikmahnya, seorang kawan lain pulak berkata kepada ku yang kapal yang sepatutnya aku naik tadi bukan kapal yang kami semua akan naik mungkin sbb kapal tu tak penuh dia mengambil orang yang naik kapal lain juga.. semua kapal kat situ akan pergi ke tempat yang sama juga jd tak kisah la naik kapal mana pon... sudah berapa lama tunggu pukul 9 malam baru dapat naik kapal..
Kami sampai di pelabuhan jorden pukul 1am.. kawan yang naik kapal tadi awal menanti kami di tempat menunggu di pelabuhan jorden..selepas berjumpa balik kawan yang berpisah seketika tadi kami bersyukur sangat ......... salam kami bersyukur itu satu dugaan lagi yang mendatang iaitu pasport kemi telah dipegang oleh pihak berkuasa sehimgga pagi kerana kalau rakyat malaysia dia akan menanyakan sebab2 kemasukkan ke nagara depa.. kami terpaksa bersahur di pelabuhan ja... hampir kul 11 pagi baru kami dapat keluar dari pelabuahan itu.. kami mengambil servis untuk ke Amman. Dalam perjalanan ke Amman pamandu servis yang membawa kami tu adalah kaki botol (kaki minum arak) dah la tak posa minum pulak, ini yang menyakitkan hati ni... dalam perjalanan itu servis kami telah disaman kerana membawa barang yang berlebihan.. apabila disaman kami ingatkan dah selesai dah tiba2 pemandu servis pulak bergaduh dgn penolongnya kerana penelongnya bagi bg rasuah kat polis itu terlalu banyak... mereka mengejar polis itu balik untuk meminta balik rasuah itu... memang dugaan bulan puasa la. Kami sampai di Amman kira2 kul 5 petang, kami berjumpa dgn tokey kedai kereta sewa untuk membawa kami ke dimasyq, kami pon ittifaq(buat perjanjian) dgn tokey tu 2 kereta sewa,tokey tu kata ok, kami pun berasa lega dan terus pergi sembahynag di masjid berdekatan... selesai sembahyng kami kembali ke kedai itu balik dan kami dapati kereta sewa itu sedang menunggu dah tetapi bukan yang kami sewa tu.. tetapi tokey kedai itu suruh kami naik juga, kami pelek sbb kami sewa 2 kereta untuk kami sahaja tetapi ni suruh kami naik ngan orang asing pulak, kami pon tanya tadi dia kata lain sekarang buat lain, tokey itu jawab kereta sewa takda lak.. kami terpaksa berpisah sekali lagi... selepas semua kawan lain sudah naik kereta sewa, tinggal aku ngan 3 orang kawan lain tak dapat naik kereta lagi... kami menunggu hampir sejam untuk mendapat kereta yang lain... berbuka tgh jalan lagi la kami hari tu.... sakit hatinya kat arab... kami dapat masuk dgn selamat ke syria.. kami bersyukur sangat... akan tetapi pengalaman yang kami lalui tu tak akn dapat kami lupakan...
Mungkin tiu satu dugaan dalam kita hendak mencari ilmunya....
Mungkin kesusahan itu akan membuatkan kita lebih bersemangat dan lebih kekuatan dalam menuntut ilmu..
Buat samua sahabat ku bersemangat lah dalam membuat sesuatu dan jangan berputus asa walaupun dugaan mendatang...

Friday, August 3, 2007

TENGAH BUAT APA TU ???????????????

Inilah soalan yang sering diajukan oleh kawan seperjuangan dengan ku..... mereka ini sering menanyakan soalan yang sama sedang mereka tahu apa yang kita sedang lakukan..... pelik sungguh depa ni..... apakah perasaan anda kalau mereka menanyakan soalan macam tu dekat anda sedangkan anda tahu yang dia dah tahu benda apa yang sedang anda lakukan......
Saya tak marah pon Cuma terasa kurang selesa..... kalau jawab yang bukan2 takut kawan tu terasa.....dalam kehidupan belajar diperantauan ni, hati kawan2 pon kena jaga kerana mereka ini sebahagian dari keluarga kita..... jd nak tegur pon tak sampai hati.... terpaksa menjawab pertanyaan mereka itu.... kalau nak tegur takut hubungan jadi renggang.... pening kalau nak difikirkan.... mmg banyak dugaan hidup diperantauan mcm saya ni..... tak lepas dari dugaan dan rintangan semasa menuntut ilmu ni....
Saya ada kawan yang mana dia pun dah jadi marah dan rimas dkt seorang kawannya lagi.... asyik tanya benda yang sama ja “tengah buat apa tu” sadangkan dia nampak kawan tu tgh buat apa..... macam mna lah nak ubah sikap mereka ni.... kan lebih baik berzikir ka, berdoa ka, dari tanya benda yang tak berfaedah tu.... cuba la dia tanya benda yang berfaedah seperti “ dah mayang ka belum...” dari tanya “ tengah buat apa tu” ada juga manfaat.... apa pun daya harap dan saya doakan semoga mereka boleh berubah....
“ HILANG HARTA BOLEH DICARI...
HILANG TEMAN MERANA DIRI....”

P/s Berbuat baiklah kepada saudara dan kawan kita walaupun dia selalu menyakiti hati kita... kerana mungkin suatu hari nanti dia akan sedar akan kesilapannya itu... mungkin berkat kesabaran kita itu akan membawa mendapat ganjaran diakhirat nanti....
Firman ALLAH SWT
“sesungguhnya ALLAH bersama orang – orang yang bersabar”

Monday, July 30, 2007

Handphone ku….

inilah antara hp yang pernah gunakan sebelum ini

Aku pernah menggunakn banyak hp sebelum ni… klu nak disebutkan mmg banyak la, tak salah ku lebih dari 3 kot.. tp ke semua hp yang ku gunakan sebelom ni ku tak dapat membezakan yang mna baik dan yang mana kurang baik....sbb aku tak minat hp kot... semua ku guna ku rasa sama ja.... itu yang pelik tu... kalau nak dibandingkan dgn segelintir manusia yang tidak puad mengikut hawa nafsunya sentiasa menukar hp mereka kepada yang lebih mahal... peliknya.... tak tugikah mereka tu.... asyik menukar hp ja... leih baik duit mereka itu simpan untuk benda yang lebih berfaedah lagi seperti pergi membuat haji ker umrah ker.... kan itu lebih baik...

Apabila difikirkan balik tak ada gunanya tukar hp... guna lah sehingga rosak baru tukar... saya ada melihat orang sini, kanak2 yang bersekolah rendah pun sudah menggunakan hp yang mahal..... apakah faedah bg mereka yang bersekolah rendah menggunakan hp yang mahal sedangkan mereka itu masih bersekolah rendah lagi....

Saya pon ada juga terfikir untuk tukar hp tp apabila berfikir balik dah la susah nak kumpul duti untuk membeli hp lama takkan senang nak tukar hp kot....

Di Malaysia saya ada melihat seorang anak denagn keluarganya yang menggunakna hp... saya melihat ayanhnya menggunakan hp murah sahaja tp anaknya menggunakan hp yang mahal.... mungkin lah si ayah tak minat kepada hp kot... setiap orang lain minatnya.... jd tak heranlah si ayah menggunakan hp yang murah...

p/s ; hargailah setiap harta benda yang kita milliki... gunakanlah ia sebaik mungkin.....mungkin suatu hari nanti benda yang kita anggap tak berfaedah itu memberi banyak manfaat kepada kita....

Thursday, July 26, 2007

rapat....

Sakaitnya hati ari ni...
ada pulak minah arab ni dok nyebob2 menghimpit aku dkt sebelah ni... dah la pakai wangi sangat.. cantik pulak tu... sudah... aku nak tukar komputer lain tapi dah penuh... terpaksa la dok juga... sambil dok tu kira aku dgn member kutuk sakan la..kami kutub dalam bahasa meleyu bukan dia faham pon... doh la menghimpit pastu letas lak tangan dia atas bangku aku... nasib baik la hang pompuan... klu laki mmg aku kata dah....
Wangi ya amat... depa ni bukan tak tau kot hukum... yang sorang wanita takleh pakai wangi... tp ni pakai wangi sampai nak nyawa pon tak leh.... susah betul dgn arab ni.... lepas letak tangan dok tgk lak komputer kita... lagi bertambahla sakit hati... nasib baik la sabar tu separuh dari iman klu tak dah lama dah aku halau... dah banyak dah benda yang boleh buat bg aku sakit hati dkt arab ni....
tapi nak buat mcm mna dah kita datang begara depa... terpaksa ikut undang2 depa la... inilah dinamakn dugaan dan cabaran dalam menuntut ilmu..

Monday, July 23, 2007

selesai kerja....

Alhamdulillah selesailah kerja aku yang selama tertangguh akibat kesebokkan...
kerjanya tak banyak tp memerlukan masa yang panjang untuk melakukan.. iaitu kerja bersihkan perpustakaan... walaupun banggunan yang kecil tp mengambil masa yang la untuk membersihkannya... arghh susah gile nak bersihkannya...
tp sekarang dah siap rasa lea jaaaa... leh la rehat secukupnya... leh la sambung talaqqi balik lepas ni.. klu tidak letih bersihkannya sampai talaqqi pon tak p..... tapi itu hanya alasan ja.. klu nak seribu daya tak nak seribu dalih tul tak????
kierja yang jadi lama tu sebab rajin tertangguh oleh kesebokkan benda lain.. jadi lepas ni tak leh dan tak mau dah la tanguh2 kerja lagi... buat nyusahkan badan ja sebab kena buat lama... benda yang sikit klu ditangguhkan jadi lama... masalah tu.... jadi lepas ni aku tak mau tangguhkan kerja lagi...
ambil kesalahan yang lama jadikan sebagai iktibar untuk hari yang mendatang

lepas nileh la kau mula buat kerja lain lak... leh la rehat sikit.. ni9 kalau tidak masa cuti ku banyak di perpustakaan ja... kalau habis untuk membaca ok juga, ni habis untuk mengemas ja...

semoga allah merahmati kita semua...

Friday, July 20, 2007

alfatihah

21 07 2007 KU terima satu mesej dari keluarga ku... "assalamualaikum. pakteh dah meninggal baru saja.alfatihah" terkejutnya ku melihat mesej itu...
perginya seorang pakteh ku yang paling ku sayangi akan tetapi allah lebih menyayanginya.
dengan rasa sedih ku berfikir.. mungkin itu takdar dari allah kepada kita dan kita takkkan dapat lari dari takdirnya.. dia yang berkuasa di dunia ini.. dia boleh mengambil nyawa manusia dengan sekelip mata sahaja..

alfatihah kepada pakteh ku yang baru ja meninggal dunia semalam... semoga rohnya bersama orang2 yang beriman dan dan dimasuukan kedalam syurga diakhirat nanti...

amin...


AJAL DAN MAUT DITANGAN TUHAN.. KITA SEBAGAI MANUSIA TAKKAN DAPAT LARI DARI AJAL YANG TELAH DITULISKAN OLEH ALLAH TAALA KEPADA SETIAP HAMBANYA...


BERIBADAT DAN BERTAQWALAH KEPADA ALLAH SEBELUM AJAL YANG DITENTUKAN ITU AKAN TIBA... TIADA SIAPA YANG THU AKAN AJALNYA ITU...

Tuesday, July 17, 2007

dugaan

Hidup ini penuh dugaan dan cabaran yang perlu di tempuhi...
tambah tambah lagi hidup di perantaun....
apabila melihat kawan-kawan balik ke malaysia di waktu cuti-cuti ini.. teringan juga la nak balik tapi mana nak cari duit untuk balik.... pening kalau difikirkan... biarlah dugaan untuk balik ke malaysia itu menganggu diri sehingga aku mendapat segulong ijazah yang lebih bermakna di suatu hari nanti...
biarlah dugaan mendatang sebanyak mana yang mungkin jangan sekali berputus asa ditengah jalan....

Saturday, July 14, 2007

kawan dan teman

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa?? Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa?? Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa?? Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa?? Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....Walau kita punya couple, teman still paling setia. Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga!!!
sayangilah teman anda seperti mana anda sayangi diri anda... dan senyumla selalu agar muka anda berseri selalu

aksiden....

baru-baru ni, dalam tahun ini juga la.. saya balik dari kelas, dalam kul 1 lebih mcm tu la... dalam keadaan letih dan tension... saya naik servis ( nama pengangkutan awam sini ) sambil menikmati keindahan sini... dgn kecantikan ciptaan yang maha esa... sambil- sambil tu dok berangan la sikit... apa bila nak samapi ja dkt rumah.. dgn kesesakan jalan yang menyakitkan hati.. saya perhatikan sorang pemuda melintas jalan, biasa la orang sini..klu melintas bukan nak tengok kiri kanan.. saya pon perhatikan dia.. dia pon melintas... dalam memerhatikan pemuda tu melintas. saya mengalihkan pandangan saya ke tempat lain seketika.. apabila saya paling balik ke arah pemuda yang melintas tu sebentar tadi.. saya tengok pemuda tu dah tiada, hanya tinggal kasutnya ja ditengah-tengah jalan.. saya tanya orang sebelah saya yang dok dalam servis tu, mana pemuda yang melintas tadi.. dia kata pemuda tadi kena langgar ngan teksi.. saya pon pandang belakang balik untuk melihat pemuda tadi, saya melihat pemuda itu berlari ditengah jalan.. ingatkan untuk apa, untuk berlari mengambil kasutnya yang tercabut masa aksiden tadi... saya lihat semua orang dalam servis tu ketawa.. kasut lebih penting dari nyawa dia..

Saturday, July 7, 2007

bacalah dengan senyuman..


buah cempedak diluar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya remaja baru belajar
klu salah tolong tegurkan